Utusan Borneo (Sabah)

Suruhanjay­a Tenaga lupuskan 200 unit periuk nasi elektrik tidak selamat

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Tenaga (ST) telah melupuskan 200 unit periuk nasi elektrik dengan anggaran nilai pasaran sebanyak RM80,000 kerana gagal mematuhi beberapa syarat.

Pengarah Kawal Selia Keselamata­n Elektrik ST, Mohd Elmi Anas berkata periuk nasi tersebut yang dibawa masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Klang dari China, gagal ujian konsainmen yang ditetapkan oleh ST semasa membuat permohonan Perakuan Kelulusan.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Mohd Elmi berkata, “Kelengkapa­n elektrik yang gagal ujian konsainmen tidak akan dibenar dijual di negara ini dan sebaliknya hendaklah dikembalik­an ke negara asal atau dilupuskan.” Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia