Utusan Borneo (Sabah)

Kelucahan melampau: Bekas pengetua madrasah hadapi empat pertuduhan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang bekas pengetua madrasah yang didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap empat pelajar lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Khamis.

Majistret Ferhansha Farene Mohd Ferdaus menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan semula kes dan memberi peluang kepada tertuduh berumur 35 tahun, melantik peguam.

Mahkamah turut membenarka­n tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 tetapi pada masa sama perlu menyediaka­n lapan penjamin rakyat tempatan yang tinggal di Tawau.

Syarat lain yang dikenakan, tertuduh perlu melapor diri kepada pegawai penyiasat kes sebulan sekali serta tidak boleh menghubung­i keempat-empat pengadu dan saksi terlibat.

Mengikut keempat-empat pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap empat pelajar madrasah di sebuah rumah yang terletak di Batu 10 Jalan Apas.

Tertuduh dikatakan melakukan perbuatan itu terhadap keempat-empat pelajar lelaki madrasah yang berusia antara 14 sehingga 15 tahun pada Jun dan Ogos 2016.

Mengikut pertuduhan kes, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Muhammad Fitri Wan Azizan mengendali­kan pendakwaan terhadap tertuduh melibatkan keempat-empat kes terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia