Utusan Borneo (Sabah)

Miliki anggota tubuh haiwan dilindungi, lelaki ketahui nasib 22 Januari

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan pada 22 Januari tahun hadapan, untuk menyampaik­an keputusany­a terhadap seorang lelaki yang didakwa memiliki anggota tubuh haiwan dilindungi.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad membuat keputusan itu terhadap Tijelo Jacquinn Anak Kuin, 33, selepas kes berkenaan ditutup di peringkat akhir pembelaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki anggota tubuh beruang, pada 18 Ogos tahun lalu jam 12.10 tengah hari di kawasan parkir sebuah hotel di Tanjung Aru.

Tertuduh ditangkap sepasukan penguatkua­sa dari Jabatan Hidupan Liar dan menemukan anggota tubuh haiwan berkenaan di dalam kereta.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 41 (1) Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997, denda maksimum RM50,000 atau penjara selama lima tahun, atau dengan keduaduany­a sekali.

Dua saksi dipanggil pihak pendakwaan untuk memberikan keterangan kes terhadap tertuduh.

Dalam pada itu, Ainul menetapkan pada 27 Disember untuk pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan masing-masing, manakala pada 12 Januari tahun hadapan untuk keduadua pihak membalas hujahan mereka.

Pegawai Pendakwa Abdul Karim Dakog dari Jabatan Hidupan Liar melakukan pendakwaan berkenaan, sementara itu peguam Martin Tommy mewakili tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia