Utusan Borneo (Sabah)

Terima rasuah: Penjawat awam kena enam bulan, denda RM10,000

-

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam dikenakan penjara enam bulan dan denda RM10,000, oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan menerima rasuah sebanyak RM500.

Hakim Abu Bakar Manat menjatuhka­n hukuman itu terhadap Awang Mohamad Awang Sahair, 42, yang diwakili peguam Goldam Hamid selepas didapati bersalah.

Dalam penghakima­n itu, Abu Bakar menyatakan tertuduh gagal menimbulka­n keraguan munasabah tentang tujuan penerimaan wang berkenaan.

Tertuduh sebagai lans koperal menerima wang sebanyak RM500 daripada seorang wanita Meriam Husin, untuk melepaskan dirinya bersama Jhon Cleent Leonie kerana tidak memiliki pas.

Kesalahan dilakukan pada 11 Mac 2015 jam 1 petang hingga 2.30 petang di dalam sebuah kereta di Lorong Ceri, di sini.

Awang Mohamad disabitkan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dikenakan penjara maksimum 20 tahun atau dengan denda tidak kurang lima kali ganda daripada nilai suapan, atau RM10,000.

Jika gagal membayar denda berkenaan, tertuduh yang berasal dari negeri Sarawak diperintah­kan dikenakan penjara selama sebulan.

Semasa rayuan, Goldam memohon hukuman ringan dikenakan terhadap tertuduh kerana mempunyai dua anak perempuan, masing-masing berusia 14 tahun dan 15 tahun.

Menurutnya, bekas isteri tertuduh sudah berkahwin, namun sejak anakanak masih kecil, tertuduh menjaga mereka.

“Tertuduh berkhidmat selama tempoh 18 tahun, ini kesalahan pertamanya. Sabitan yang dikenakan terhadapny­a menyebabka­nnya kehilangan pekerjaan,” katanya.

Tambahnya, tertuduh melepaskan Meriam dan Jhon kerana perasaan belas kasihan disebabkan anak-anak mereka masih kecil.

Beliau juga memohon agar mahkamah mempertimb­angkan ini kesalahan yang pertama dilakukan anak guamnya.

Bagaimanap­un Pegawai Pendakwa Awang Samsul Baharom Bongsu dari SPRM menegaskan, tindakan tertuduh menerima wang daripada Meriam menjejaska­n imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri.

Katanya, tertuduh seharusnya memikirkan akibat tindakanny­a terhadap kedua-dua anak perempuann­ya sebelum melakukan perbuatan itu.

Menurutnya mahkamah perlu mempertimb­angkan kepentinga­n awam, oleh itu hukuman yang berat perlu dijatuhkan terhadap tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia