Lelaki miliki senjata berbahaya ketahui nasib 15 Januari

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini menetapkan pada 15 Januari tahun hadapan, untuk menyampaikan keputusannya terhadap seorang lelaki yang didakwa memiliki senjata berbahaya.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus membuat keputusan itu Jalib Hataman, 35, sementara menunggu sebilah parang sepanjang 34cm dibawa ke mahkamah.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 28 Oktober jam 8 malam, di jalan raya dekat Sen Heng, Putatan.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Hukuman yang diperuntukkan penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun, serta sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara menunggu keputusan, mahkamah memerintahkan tertuduh terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin melakukan pendakwaan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.