Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja kilang curi enam patung mainan dipenjara

-

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini Khamis menjatuhka­n hukuman penjara empat bulan terhadap seorang pekerja kilang yang mengaku bersalah mencuri enam patung mainan bernilai lebih RM1,000.

Muhamad Firdaus Abdullah, 24, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap, 6 Sept lepas.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri enam patung mainan, termasuk koleksi ‘Star Wars’ seperti Sandtroope­r, Shoretroop­er dan Yoda yang bernilai RM1093.45 di sebuah kedai alat permainan di Empire Shopping Gallery, Jalan SS16/1, Subang Jaya, dekat sini, pada 11.30 pagi 6 Sept lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda serta bagi kesalahan kedua dan seterusnya, diseksa dengan penjara dan boleh didenda atau disebat.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia