Utusan Borneo (Sabah)

Polis berkas suspek curi kereta

Dalam tempoh 24 jam di Jalan Kuhara

- Diberkas kerana disyaki mencuri kereta dari Jalan Chester, Bandar Tawau.

TAWAU: Polis berjaya memberkas seorang suspek pencuri kereta dalam tempoh 24 jam di Jalan Kuhara berhampira­n bulatan masuk menuju ke Taman Univilla di sini pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Nor Azizulkifl­i Mansor berkata polis terpaksa mengejar suspek selepas pasukannya terserempa­k dengan kenderaan dipandu lelaki itu.

“Pasukan kita yang membuat rondaan di kawasan Taman Semarak berkaitan kes curi kenderaan di Jalan Chester, terserempa­k dengan kenderaan dipandu suspek.

“Ketika itu, suspek dipercayai menghala ke Jalan Kuhara sebelum pasukan kita bertindak mengejarny­a,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Nor Azizulkifl­i berkata suspek memecut laju kenderaann­ya sebaik menyedari kehadiran polis sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan di Jalan Kuhara dekat bulatan.

Menurutnya, suspek yang ditahan seorang lelaki berumur 31 tahun dan tidak mempunyai sebarang keterangan diri, turut dirampas sebuah kereta jenis Proton Saga warna hijau.

“Siasatan awal menunjukka­nnnya tidak mempunyai rekod jenayah

“Pasukan kita yang membuat rondaan di kawasan Taman Semarak berkaitan kes curi kenderaan di Jalan Chester, terserempa­k dengan kenderaan dipandu suspek.

SUPT NOR AZIZULKIFL­I MANSOR Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau

lampau namun soalsiasat masih dijalankan jika suspek ada terlibat dalam kes lain,” katanya.

Beliau berkata terdahulu pada Selasa, mangsa membuat laporan polis kerana kenderaan yang diparkir di belakang sebuah kedai kasut di Jalan Chester hilang, disyaki dicuri.

Katanya suspek ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan siasatan pula dibuka berdasarka­n Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? SUSPEK
SUSPEK
 ??  ?? KENDERAAN ini mengalami kerosakan akibat melanggar penghadang jalan di Jalan Kuhara berhampira­n bulatan jalan masuk ke Taman Univilla, Tawau.
KENDERAAN ini mengalami kerosakan akibat melanggar penghadang jalan di Jalan Kuhara berhampira­n bulatan jalan masuk ke Taman Univilla, Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia