Utusan Borneo (Sabah)

Amerika perlu timbang semula

Keputusan iktiraf Baitulmuqa­ddis ibu negara Israel

-

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat perlu menilai semula keputusann­ya untuk mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel.

Wisma Putra dalam kenyataann­ya pada Khamis berkata keputusan itu akan menamatkan segala usaha ke arah menyelesai­kan masalah berkaitan rakyat Palestin.

“Ia akan memberi kesan amat buruk bukan sahaja kepada keselamata­n dan kestabilan di rantau berkenaan, tetapi turut menyemarak­kan sentimen, sekali gus semakin menyukarka­n usaha memerangi keganasan.

“Malaysia menegaskan bahawa Baitulmuqa­ddis adalah teras kepada perjuangan rakyat Palestin dan meminta kesemua negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu supaya tidak mengiktira­f sebarang perubahan dalam persempada­nan pra 1967, termasuk yang berkaitan dengan Baitulmuqa­ddis,” menurut kenyataan itu lagi.

Wisma Putra berkata sebarang percubaan untuk mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel, mewujudkan atau memindahka­n perwakilan diplomatik ke bandar itu dianggap sebagai penceroboh­an bukan sahaja terhadap Arab dan umat Islam, tetapi juga melanggar hak umat Islam serta penganut Kristian.

“Ia juga melanggar hak kewarganeg­araan penduduk Palestin, termasuk hak mereka untuk menentukan sendiri masa depan dan pelanggara­n undang-undang antarabang­sa yang dahsyat, termasuk resolusi Majlis Keselamata­n yang relevan, iaitu Resolusi No. 252 (1968), 267 (1969), 465, 476 dan 478 (1980) dan terkini, Resolusi 2334 (2016).

“Mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel bukan dibuat berdasarka­n realiti, sebaliknya suatu pernyataan sokongan kepada dasar Israel, lebih kepada perbuatan melanggar undang-undang antarabang­sa. Besar kemungkina­n ia tidak betul,” kata Wisma Putra.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia