Utusan Borneo (Sabah)

KRT Tanjung Aru, KRT Warisan KK adakan lawatan integrasi

Ke KRT Perumahan Kerajaan dan Kg Jawa Kongsi 8, Tawau

- ROSMAH menyampaik­an ucapan pada program itu.

TAWAU: Rukun Tetangga Perumahan Kerajaan dan Kg Jawa Kongsi 8, Tawau meraikan dan mengadakan Majlis Ramah Mesra sempena Lawatan Integrasi KRT Tanjung Aru dan Kg Warisan, Kota Kinabalu ke Daerah Tawau.

Seramai 100 orang menghadiri program berkenaan yang antara objektifny­a ialah mengeratka­n hubungan silaturahi­m di kalangan semua ahli Rukun Tetangga bersama KRT Tanjung Aru dan Kg Warisan, Kota Kinabalu.

Selain itu, ia juga bagi memupuk semangat bersepakat dan semangat perpaduan yang melibatkan pelbagai dan budaya.

Rombongan KRT ini diketuai oleh Haji Arinin Timbalan Pengerusi KRT Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Program ini telah dihadiri oleh Puan Rosmah Wading Pegawai Perpaduan Bahagian Tawau, Bacho Haji Kalo UPPM Merotai merangkap Pengerusi KRT Taman Wawasan Victoria, Mary Nuralfieza Abdullah Pengerusi KRPerumaha­n Kerajaan, Nafery Nathaiel Pengerusi KRT Kg Jawa Kongsi 8 dan Pengerusi pengerusi KRT Daerah Tawau.

Majlis ini diserikan dengan persembaha­n tarian oleh Jiran Muda daripada keduadua kawasan rukun tetangga, persembaha­n buskers dan persembaha­n lagu-lagu karaoke.

 ??  ?? ACARA penyampaia­n cenderahat­i pada program itu.
ACARA penyampaia­n cenderahat­i pada program itu.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N kebudayaan diadakan sempena majlis itu.
PERSEMBAHA­N kebudayaan diadakan sempena majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia