Utusan Borneo (Sabah)

Umno anjur perhimpuna­n solidariti sokong rakyat Palestin

-

KUALA LUMPUR: Umno akan mengadakan perhimpuna­n solidariti menyokong rakyat Palestin sebagai protes terhadap cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel, kata Naib Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tanpa menyatakan tarikh dan lokasi perhimpuna­n itu, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata UUmno dan Barisan Nasional (BN) akan berunding dengan rakan-rakan daripada parti luar dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama menyertai perhimpuna­n tersebut.

“Kita melihat bahawa isu ini bukan sahaja isu soal agama Islam tetapi ia merupakan soal kesejagata­n,” katanya pada sidang media selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaik­an ucapan dasar dan merasmikan Perhimpuna­n Agung Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada Khamis.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berpendapa­t apa yang diputuskan Presiden Trump merupakan satu campur tangan secara langsung di Timur Tengah dan dikhuatiri menimbulka­n pergolakan politik di rantau tersebut.

Katanya beliau dan Najib telah bertemu dengan pemimpin Al-Fattah dan Hamas dari Palestin, yang menghadiri perhimpuna­n itu, dan kedua-dua parti berkenaan turut membantah cadangan Amerika Syarikat itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia