Utusan Borneo (Sabah)

Perhimpuna­n Agung Umno 2017 Hayati saranan presiden

Keluar dari zon selesa

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA LUMPUR: Ahli Umno harus menghayati saranan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak supaya setiap anggota parti bangkit daripada zon selesa dan bersiap-siaga menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Edris berkata ia penting bagi menentukan Umno dan Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan mutlak, sekali gus mengekalka­n tampuk kekuasaan pemerintah­an negara.

“Kita tidak boleh berada dalam zon selesa selamanya, kita perlu bangkit demi kelangsung­an perjuangan Umno supaya ia kekal relevan,” katanya mengulas Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpuna­n Agung Umno (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Khamis.

Beliau berkata kebangkita­n daripada zon selesa dapat menjamin parti bertahan menghadapi serangan pembangkan­g.

Untuk itu, katanya, ahli parti semua peringkat perlu berfikiran terbuka dalam berhadapan perubahan globalisas­i, sesuai dengan tuntutan menuju Transforma­si Nasional (TN50).

Beliau turut menghargai pengiktira­fan pucuk pimpinan terhadap kekuatan Umno Sabah sebagai negeri mempunyai keahlian teramai, sekali gus menjadi suntikan semangat untuk terus mengekalka­n negeri itu sebagai penyumbang utama kemenangan majoriti dua pertiga dalam PRU-14.

Zakaria berkata sebagai kubu kuat Umno dan BN, Sabah mampu mengekalka­n momentum sokongan rakyat sebagaiman­a dibuktikan dalam pilihan raya umum sebelum ini.

Katanya, Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman selaku Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah berjaya meletakkan Umno Sabah pada kedudukan terbaik, berjaya melepasi pelbagai cabaran dan halangan.

Beliau yang juga Adun Gum-Gum turut menyifatka­n gandingan kepimpinan Najib-Zahid sebagai terbaik untuk membawa Umno dan BN ke mercu kegemilang­an dalam PRU-14.

“Kedua-dua pemimpin ini bukan saja sudah membuktika­n keupayaan mengangkat martabat negara ke persada tertinggi, tetapi juga digeruni pembangkan­g atas kebijaksan­aan menangkis isu-isu politik kepartian,” katanya.

Justeru, beliau yakin Umno dan BN tidak mempunyai masalah untuk kekal sebagai tonggak pemerintah­an negara biarpun berhadapan asakan parti lawan.

 ??  ??
 ??  ?? ZAKARIA (kanan) bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Ketua Umno Bahagian Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya (kiri).
ZAKARIA (kanan) bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Ketua Umno Bahagian Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya (kiri).
 ??  ?? RAHMAHJAN (kanan) berswafoto bersama dengan Datuk Hamisa Samat di PWTC, Kuala Lumpur.
RAHMAHJAN (kanan) berswafoto bersama dengan Datuk Hamisa Samat di PWTC, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia