Utusan Borneo (Sabah)

Perhimpuna­n Agung Umno 2017 Ingin menjunjung M’sia

Kemenangan Umno, BN janji masa depan cerah negara, rakyat

-

KUALA LUMPUR: Berbekalka­n rekod kejayaanny­a dalam mentadbir urus negara yang tidak boleh dipertikai­kan, Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Umno mampu menjamin masa depan negara yang lebih cemerlang demi faedah rakyat jika rakyat memilihnya pada pilihan raya umum akan datang.

Menyampaik­an ucapan dasar pada pembukaan Perhimpuna­n Agung Umno 2017, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Umno dan BN ingin menjunjung Malaysia, bukan sekadar menjadi jaguh di rantau ini, bahkan tersenarai sebagai 20 negara terunggul di dunia.

Beliau berkata rakyat mempunyai pilihan sama ada untuk bersama kerajaan dalam mencapai agenda prgresif itu atau memilih pembangkan­g yang penuh dengan amalan kronisme dan pemerintah­an ‘kuku besi’.

“Rakyat mempunyai pilihan sama ada untuk bersama kerajaan dalam mencapai agenda prgresif itu atau memilih pembangkan­g yang penuh dengan amalan kronisme dan ” pemerintah­an ‘kuku besi’. DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Presiden Umno

“Sama ada ingin menuju cahaya di hujung jalan yang sudah tampak terang benderang dengan segala harapan pasti melonjak negara ke masa hadapan, di bawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional, yang terbukti progresif, sarat dengan rekodrekod prestasi yang tidak boleh dipertikai­kan lagi.

“Atau,.. .berbanding jalan yang bukan lagi sekadar suram dan samar di bawah cengkaman Dinasti DAP, bahkan teraba-raba tanpa arah tuju, kelam-gelita penuh dengan tipu daya dan akhirnya kelak hanya akan mengheret kita kembali ke masa purba dan silam, dengan amalan-amalan kronisme dan pemerintah­an kuku besi,” katanya di hadapan lautan merah 5,628 anggota perwakilan daripada 191 bahagian Umno seluruh negara. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? NAJIB menyampaik­an ucapan bertajuk ‘Umno: Pelaksana Wasiat Pusaka, Harapan Sejati Kesejahter­aan Negara Bangsa’ pada perasmian Perhimpuna­n Agung Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis.
-Gambar Bernama NAJIB menyampaik­an ucapan bertajuk ‘Umno: Pelaksana Wasiat Pusaka, Harapan Sejati Kesejahter­aan Negara Bangsa’ pada perasmian Perhimpuna­n Agung Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia