Utusan Borneo (Sabah)

Umno berhimpun untuk fokus kepada usaha tingkat kecekapan bantu Bumiputera

-

LEBIH banyak tumpuan dalam meningkatk­an kecekapan dan penyampaia­n bantuan kerajaan kepada Bumiputera, merupakan antara agenda utama pada Persidanga­n Agung Umno 2017, kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata kerajaan, yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, juga akan memberi tekanan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta memperkasa syarikat Bumiputera untuk mengekspor­t dan terlibat dalam ekonomi digital.

“Pada pandangan saya, tidak ada kerajaan lain di dunia yang memberi penekanan terhadap peningkata­n ekonomi penduduk pribumi berbanding kita.

“Ini terbukti menerusi penubuhan agensi-agensi seperti Unit Pemandu Agenda Bumiputera, Majlis Amanah Rakyat dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Negara, yang antara lain bertujuan meningkatk­an penyertaan Bumiputera dalam ekonomi,” katanya kepada Bernama pada perhimpuna­n agung itu di sini hari ini.

Anggota Parlimen Jeli itu yang lebih mesra dengan panggilan ‘Tok Pa’, juga berkata lebih penting lagi , kerajaan komited dalam memastikan kesejahter­aan mereka yang kurang berkemampu­an menerusi pelbagai dasar termasuk, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan projek InfraRakya­t.

“Kerajaan juga akan terus membangunk­an keupayaan PKS, sejajar dengan visi untuk membawa mereka ke peringkat antarabang­sa dan menjadi sebahagian daripada ekonomi digital.

“Kerajaan berharap Zon Perdaganga­n Bebas Digital akan menjadi dorongan untuk membawa lebih banyak PKS, termasuk Bumiputera, ke dalam perniagaan e-dagang.

“Malaysia tidak boleh ketinggala­n dalam perubahan pesat landskap di sekeliling, termasuk Industri 4.0 dan ekonomi digital,” katanya.

Mustapa berkata Malaysia perlu meningkatk­an penggunaan industri 4.0 dalam keseluruha­n syarikat.

“Ketika kita menghampir­i 2020, kita perlu dan akan terus merapatkan jurang pendapatan dan tahap pembanguna­n yang berbeza di seluruh negara.

“Kerajaan perlu menambah peruntukan untuk negerinege­ri yang ketinggala­n supaya mereka dapat dibawa seiring dengan negeri yang lain,” katanya.

Mengenai kesaksamaa­n jantina, Mustapa berkata, kerajaan berjaya dalam mencapai perwakilan wanita yang saksama di peringkat uniiversit­i dan tempat kerja.

Pengumuman terbaru oleh perdana menteri untuk meningkatk­an kuota bagi senator wanita di Dewan Negara kepada 30 peratus (daripada 19.35 peratus) merupakan langkah yang wajar disambut baik dalam konteks memperkuku­h agenda pemerkasaa­n wanita, katanya.

“Pada masa ini, terdapat hampir 187,000 perniagaan milik wanita, yang membentuk kira-kira 20.6 peratus daripada PKS di Malaysia.

Sebilangan besar daripada mereka iaitu kira-kira 91.7 peratus, berada dalam sektor perkhidmat­an,” katanya. Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? BEKAS Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama anaknya Nori, hadir pada Majlis perasmian Perhimpuna­n Agung Umno 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis.
-Gambar Bernama BEKAS Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama anaknya Nori, hadir pada Majlis perasmian Perhimpuna­n Agung Umno 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis.
 ?? Bernama -Gambar ?? SEORANG perwakilan membaca akhbar ketika menunggu ketibaan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada perasmian Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis.
Bernama -Gambar SEORANG perwakilan membaca akhbar ketika menunggu ketibaan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada perasmian Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia