Utusan Borneo (Sabah)

Transforma­si strategik jadikan ekonomi Malaysia lebih kukuh: Najib

-

TRANSFORMA­SI strategik yang dilaksanak­an pentadbira­n Perdana Menteri Datuk Seri N aji b Tun Razak berjaya mengukuhka­n ekonomi negara malah jauh lebih baik berbanding zaman kegawatan ekonomi 1997/1998, yang memungkink­an Malaysia menjadi negara gagal atau bankrap.

Berkongsi fakta kejayaan negara ketika menyampaik­an ucapan dasar dan merasmikan Perhimpuna­n Agung Umno 2017 kelmarin, Presiden Umno itu memberitah­u bahawa pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku ketiga tahun ini berada pada kadar 6.2 peratus iaitu antara yang tertinggi di dunia.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kedudukan ekonomi negara sekarang adalah jauh lebih baik daripada KDNK negara pada 1998 yang menguncup 7.4 peratus.

“Rizab antarabang­sa terkini pula adalah sebanyak RM429 bilion berbanding ketika kegawatan ekonomi Asia 1997/1998 di mana rizab negara hanyalah RM59.1 bilion,” kata beliau.

Najib berkata Laporan Daya Saing Global (GCR) 2017-2018 yang dikeluarka­n oleh Forum Ekonomi Dunia menunjukka­n bahawa Malaysia adalah negara ke23 paling berdaya saing di dunia, sekali gus meletakkan negara sebagai ekonomi terbaik di rantau ini.

“Kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh negara kita bukanlah cakap-cakap kosong, sebaliknya, faktafakta pencapaian­nya telah diiktiraf oleh badan-badan penarafan, bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi di persada antarabang­sa,” kata beliau.

Beliau berkata antara pencapaian lain yang membanggak­an termasukla­h pembanguna­n Projek Transit Aliran Massa (MRT) yang bertaraf dunia, Keretapi Berkelajua­n Tinggi, Rangkaian Rel Pantai Timur dan Lebuhraya Pan Borneo.

Mengenai Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), Najib berkata ia terbukti menjadi penyelamat ekonomi negara kerana kutipan GST sebanyak RM41 bilion membolehka­n kerajaan menampung perbelanja­an yang diperlukan rakyat.

Menyelar sikap pembangkan­g yang sehingga hari ini masih tidak sepakat tentang GST, Najib berkata : “Satu-satunya yang konsisten tentang pembangkan­g adalah mereka terus menerus tidak konsisten.”

Najib berkata pembanguna­n seperti Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ), Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia dan Menara Warisan Merdeka-PNB bakal mewujudkan rantaian ekonomi dan peluang pekerjaan. “Umpamanya pembanguna­n Menara Warisan Merdeka-PNB setinggi 118 tingkat itu bakal mencipta rantaian ekonomi berjumlah RM11 bilion dan mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan baharu,” kata beliau.

Beliau berkata pembanguna­n Tun Razak Exchange dijangka menjana RM40 bilion untuk ekonomi dan membuka 40 ,000 peluang pekerjaan manakala pembanguna­n Bandar Malaysia dijangka menjana sekitar RM170 bilion dengan mewujudkan lebih 200,000 peluang pekerjaan dan bakal menjadi bandar pintar termoden di rantau ini.

Najib berkata kerajaan setakat ini sudah mewujudkan 2.26 juta pekerjaan dengan sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan baharu menjelang 2020. Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? NAIB Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbual bersama Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein pada Majlis Perasmian Perhimpuna­n Agung Umno 2017 di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis.
-Gambar Bernama NAIB Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbual bersama Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein pada Majlis Perasmian Perhimpuna­n Agung Umno 2017 di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia