Utusan Borneo (Sabah)

Perhimpuna­n Agung Umno 2017

Beri Pemuda ruang teruskan perjuangan

-

PEMUDA Umno Sabah mencabar mana-mana wakil rakyat yang telah berkhidmat lebih daripada tiga penggal dan tidak mempunyai jawatan dalam Kabinet Negeri dan Persekutua­n agar memberi ruang kepada anak-anak muda untuk meneruskan perjuangan.

Ketua Pemuda Batu Sapi Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan berkata, sudah tiba masanya Pemuda selaku pelapis diberi peluang untuk memimpin dan berkhidmat kepada rakyat.

“Pada perhimpuna­n Pemuda Batu Sapi barubaru ini, kami rasa Pemuda sudah harus mempunyai satu pemikiran untuk melakukan revolusi. Kami (Pemuda Sabah) sudah buat keputusan.

“Kami cabar Adun dan Ahli Parlimen yang sudah memegang jawatan lebih daripada tiga penggal yang tidak boleh jadi menteri, ketua menteri atau perdana menteri untuk tulis surat kepada pimpinan atasan supaya bagi ruang kepada anak-anak muda,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpuna­n Agung Pergerakan Pemuda Umno di PWTC pada Rabu.

Mengulas ucapan perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Khairul berkata isu sabotaj yang disentuh tidak sedikit pun menjejaska­n Pemuda kerana pergerakan itu cukup setia kepada parti.

“Tidak ada dalam sejarah Pemuda, kita sabotaj pilihan raya umum (PRU), sebaliknya yang sentiasa sabotaj PRU apabila penyandang jawatan itu tidak dicalonkan. Ini adalah fakta.

“Sampai bila mahu macam ini? Kalau tidak berani, tidak boleh hadapi realiti, nescaya Pemuda akan sampai bila-bila jadi tukang sorak evergreen,” jelasnya.

Khairul berkata, sindrom kuat bekerja yang diamalkan kebanyakan pemimpin di Sabah dilihat antara aspek yang menyebabka­n Pemuda belum mendapat ruang untuk menjadi salah seorang daripada penyumbang yang merangka polisi negara.

 ??  ?? Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman (kanan) berbual bersama Ketua Wanita Umno Bahagian Silam Mizma Appehdulla­h sambil diperhatik­an oleh Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.
Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman (kanan) berbual bersama Ketua Wanita Umno Bahagian Silam Mizma Appehdulla­h sambil diperhatik­an oleh Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.
 ??  ?? KHAIRUL
KHAIRUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia