Utusan Borneo (Sabah)

Peratus calon PRU14 bukan masalah

-

KETUA Umno Bahagian Keningau Datuk Sairin Karno menyokong cadangan supaya 30 peratus calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 terdiri golongan wanita, malah jika sehingga 50 peratus pun tiada masalah asalkan dapat menjamin kemenangan.

Katanya setiap calon perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan kepimpinan parti termasuk mudah didekati, disukai dan diyakini boleh menang.

“Tidak kira berapa peratus calon Wanita, yang penting boleh menang seperti yang dikehendak­i pucuk pimpinan.

“Begitu juga dengan Puteri, saya juga tidak mempunyai masalah biarpun 50 peratus lelaki dan 50 peratus, asal boleh menang, saya sokong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebagai mengulas ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Perhimpuna­n Agung Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis.

Sairin yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan serti Adun Liawan berkata, soal pemilihan calon bagaimanap­un harus diserahkan kepada presiden parti untuk menentukan.

Beliau juga yakin walaupun Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi masalah namun mereka akan terus kekal bersama dalam kepimpinan BN demi menghadapi PRU akan datang.

Dalam pada itu, Sairin berkata pembangkan­g terutama di kawasan pedalaman hanya menyebarka­n fitnah serta memainkan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) walaupun perkara berkenaan telah pun diulas oleh beberapa pemimpin.

 ??  ?? SAIRIN
SAIRIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia