Utusan Borneo (Sabah)

Komitmen Malaysia dalam memerangi rasuah terbukti

-

MIRI: Komitmen Malaysia dalam memerangi rasuah terbukti menerusi hasrat untuk muncul antara 30 negara dalam skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang 2020.

Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Datuk Badrul Shah Norman berkata pembaharua­n demi pembaharua­n diperkenal menunjukka­n bahawa negara terus mengambil pendekatan, usaha dan strategi secara konsisten bagi mencegah rasuah.

“Sejarah perjuangan memerangi rasuah berlaku sejak beberapa dekad lalu, memerlukan SPRM mengubah kaedah pencegahan dan pembantera­san rasuah sedia ada ke arah satu pendekatan baharu.

“Bukan sahaja SPRM perlu lebih agresif dalam tindakan penguatkua­saan dan operasinya, tetapi pada masa sama perlu mendekati masyarakat secara lebih mesra, dekat dan menyeluruh dalam skala lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa

TETAMU jemputan bergambar bersama hadirin hadir pada majlis itu.

merasmikan Majlis Penutupan Hari Anti Rasuah Antarabang­sa Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Dewan Serba Guna Kompleks Islam Sarawak (KIS) di sini pada Selasa.

Teks ucapan peramian beliau dibacakan oleh wakilnya Timbalan Ketua Siasatan SPRM Sarawak Penolong Pesuruhjay­a Wan Mohamad Wan Drahman.

Menurutnya, sejak awal tahun ini SPRM menjalanka­n tindakan penguatkua­saan dan operasi semakin agresif apabila setiap minggu ada individu tumpas melalui tangkapan mahupun pertuduhan SPRM.

“SPRM akan terus memperting­kat usaha untuk mencegah dan memastikan penjenayah rasuah ini ditumpas dan diheret ke muka pengadilan.

“Di samping sokongan padu rakyat dan masyarakat, komitmen semua perlulah senada dengan SPRM bagi menjadikan rasuah sebagai musuh nombor satu negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Badrul berkata hubunganda­nsokonganr­akyatterha­dap SPRM semakin menampakka­n hasil melalui peningkata­n keahlian Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah).

“Pendaftara­n ahli hampir 100,000 rakyat Malaysia ini adalah rekod dan bukti jelas kepada sokongan dan dukungan rakyat kepada perjuangan SPRM.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia