Utusan Borneo (Sabah)

SAR warga emas hilang belum ada petunjuk

-

KUCHING:Operasimen­caridanmen­yelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang mengalami demensia yang dilaporkan hilang dari rumahnya memasuki hari kedua semalam tanpa sebarang perkembang­an positif.

Mangsa yang berusia 78 tahun dan dikenali sebagai Ambing Lumbu, kali terakhir dilihat berjalan seorang diri di sekitar Kampung Kuap, Batu 10, Padawan pada Ahad lepas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata usaha mencari mangsa telah dipertingk­atkan selepas menerima laporan berhubung kehilangan­nya pada Selasa lepas sekitar jam 11.40 pagi.

Anggota bomba yang dikerahkan ke tempat kejadian terus mencari mangsa sekitar radius satu kilometer dari rumah mangsa, namun gagal menjumpai mangsa menyebabka­n operasi terpaksa ditangguh pada jam 5.40 petang.

Operasi SAR kemudian disambung semula semalam dan kawasan pencarian diperluask­an kepada dua kilometer radius dari rumah mangsa.

Sementara itu anak saudara perempuan Ambing, Nonie Jelian berkata bapa saudaranya mengalami demensia dan masalah jantung yang menyebabka­nnya berasa letih dengan mudah.

“Sebelum ini bapa saudara saya dapat atau tahu jalan pulang tetapi dia sudah hilang selama tiga hari, dan kami rasa gelisah dan bimbang,” katanya.

Menurut Nonie, mangsa setinggi lima kaki satu inci dan berkulit gelap. Dia kali terakhir dilihat oleh penduduk kampung berjalan tanpa memakai baju dan memakai seluar sukan panjang berwarna hitam dengan sepasang selipar yang berlainan.

Dia berkata, bapa saudaranya mempunyai gelang amaran perubatan (gelang hospital) pada tangan kirinya.

“Laporan polis dibuat di Balai Polis Kota Samarahan pada malam Ahad selepas dia hilang,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubungl­okasiAmbin­gbolehmeng­hubungi Nonie di talian 0198197678.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia