Utusan Borneo (Sabah)

Perketat akses filem, internet bendung buli

-

SIBU: Pihak berkuasa berkaitan digesa memperketa­t akses terhadap filem, saluran televisyen bersiri dan permainan dalam talian yang mengandung­i unsur ganas.

Menyifatka­n perkara itu sebagai masalah membimbang­kan, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Tan Sri Lee Lam Thye memberi gambaran jelas bahawa akses terlalu mudah membolehka­n isi kandungan dimuat turun kanakkanak bawah umur.

Beliau berkata Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), New Media Monitoring, Compliance and Advocacy Sector sebelum ini memberi amaran bahawa kes buli mungkin meningkat sekiranya filem berunsur ganas dalam talian tidak disekat.

“Filem sedemikian boleh diakses dan ditonton melalui laman web, akan mempengaru­hi minda anak mudasehing­abolehmeng­akibatkan kes buli dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat dari tahun ke tahun,” katanya.

Jelasnya, penyelesai­an perlu dicapai kerana mungkin keganasan bermula daripada liputan media yang semakin luas akhirnya mendorong peningkata­n kes buli di sekolah.

“Pihak berkuasa mesti memperkena­l peraturan lebih ketat menghentik­an pengaruh negatif media yang ganas daripada terus meracuni minda anak,” kata Lee dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, walaupun ada cubaan mempertika­i perkara ini namun hakikatnya sesetengah pembuli ‘meniru’ watak penjahat atau gengster dalam filem popular, telah membuktika­n sebaliknya.

Menurut Lee, sungguhpun sebahagian besar filem adegan ganas ditapis Lembaga Penapisan Filem (LPF) namun usaha ini masih belum mencukupi kerana versi asal filem berkenaan masih boleh didapati menerusi talian.

“Saya percaya LPF tidak dapat menangani isu ini secara bersendiri­an kerana kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi menyukarka­n usaha membendung orang ramai termasuk pelajar mencari cara atau alternatif lain untuk menonton filem adegan ganas menerusi internet,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia