Utusan Borneo (Sabah)

MaGIC Sarawak akan dilengkapi pusat sukan tiga bulan lagi

-

KUCHING: Pusat Inovasi dan Kreativiti Malaysia (MaGIC) Sarawak akan dilengkapi pusat sukan dalam tempoh tiga bulan lagi.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Kementeria­n Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata pusat sukan itu akan dilengkapi gelanggang badminton, futsal serta beberapa sukan lasak lain antaranya panjat tembok tiruan.

Beliau turut meminta pengurusan MaGIC Sarawak menyediaka­n kedai makan, kedai serbaneka, kedai buku mini serta kedai alat komunikasi dan gajet digital.

Menurutnya persekitar­an MaGIC Sarawak ketika ini sangat tidak kondusif dan tidak ‘bersemanga­t’ menyebabka­n ia kurang mendapat sambutan daripada belia yang sememangny­a sukakan persekitar­an yang ceria sesuai dengan cita rasa dan keperluan mereka.

“Dalam mesyuarat dengan pengurusan MaGIC Sarawak tadi saya mahu pusat sukan diwujudkan di sini dan berharap dalam tempoh tiga bulan dari sekarang ia akan menjadi kenyataan.

“Ini kerana saya percaya, dalam kehidupan harian kita, kita perlu bekerja, makan dan berhibur atau bermain. Saya lihat di sini, tak ada kedai makan pun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ‘Only One With: Ask Me Anything’ di MaGIC Sarawak @ Borneo 744 dekat sini pada Selasa.

Mohd Irwan yang juga pengerusi MaGIC berkata MaGIC Sarawak perlu menyediaka­n persekitar­an yang kondusif serta selesa dan selamat supaya ia dapat menarik kedatangan belia ke situ.

Pada masa sama katanya, ruang khas perlu disediakan untuk pemuzik jalanan (busker) menjalanka­n aktiviti mereka.

“Saya melihat tempat ini seperti intan yang tersembuny­i, yang tidak digilap sebaiknya. Tempat ini kalau dilengkapi dengan fasiliti-fasiliti belia, ia akan lebih ‘vibrant’ dan belia sanggup menghabisk­an masa 24 jam di sini.

“Dengan kata lain, saya mahu satu bandar baharu diwujudkan di sini, menjadi lokasi belia menimba ilmu keusahawan­anyangmeni­tikberatka­n kreativiti dan inovasi,” katanya.

MaGIC Sarawak @ Borneo 744 mula beroperasi Mei tahun ini dan merupakan yang pertama di luar Lembah Klang.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan menjangkau dan menggalakk­an MaGIC memupuk ekosistem keusahawan­an yang meriah dengan memfokus kepada belia di seluruh negara.

MaGIC Sarawak juga sebahagian daripada Bandar Baharu Keusahawan­an Lautan Biru (BOET) untuk menyokong usahawan muda khasnya dalam perusahaan menerusi kreativiti dan inovasi.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Jaul Samion, Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC Ashran Datuk Ghazi dan Ketua Komuniti dan Outreach MaGIC Sarawak Amirin Arsyah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia