Chatime buka cawangan pertama di pusat komersil 101, Miri

Miri perlu lebih banyak kafe moden untuk penuhi permintaan pelancong

Utusan Borneo (Sabah) - - Bisnes -

MIRI: Chatime iaitu kafe teh (teahouse) francais popular dari Taiwan membuka cawangan pertamanya di Miri berdekatan Kompleks Islam Sarawak (KIS) di pusat komersil baharu, 101.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin diberi penghormatan untuk merasmikan kafe ini semalam.

Majlis dimulakan dengan persembahan tarian singa dan memotong reben di hadapan kafe sebagai tanda simbolik perasmian.

Lee yang juga ADUN Senadin memberitahu pembukaan kafe moden seperti Chatime bukan sahaja menambah pilihan bahkan tarikan di Miri.

‘Miri memerlukan lebih banyak kafe moden untuk memenuhi permintaan pelbagai pelancong ke Miri, khasnya pelancong muda yang menggemari tempat sebegini, “jelas beliau.

Sehubungan itu, Lee menggesa pengusaha restoran dan kedai kopi di sini untuk menitikberatkan aspek kebersihan melibatkan penyediaan makanan dan kebersihan premis.

Mereka juga perlu memastikan tandas senantiasa berada dalam keadaan bersih untuk kegunaan pelanggan.

“Saya meminta pihak Majlis Bandaraya Miri untuk bekerjasama dengan semua pengusaha makanan dan minuman untuk mempertingkatkan tahap kebersihan premis mereka,” jelasnya.

Lee berkata, premis makanan merupakan lokasi tumpuan pelancong untuk mencuba juadah yang terkenal di destinasi yang dikunjungi.

Oleh yang demikian, kebersihan dan kesihatan merupakan keutamaan pengusaha memastikan premis mendapat sambutan.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Chatime, Alan Lee memberitahu, sebanyak 90 jenis minuman ditawarkan kepada pelanggan pada setiap hari.

“Buat masa ini kita tawarkan menu minuman sahaja. Pada masa akan datang, kita akan sediakan snek seperti kentang goreng dan ayam goreng Taiwan, “jelasnya.

Beliau memberitahu, kafe boleh menempatkan seramai 50 pelanggan dalam satu masa, dibuka dari jam 11 pagi hingga 11 malam pada hari biasa dan sehingga jam 12 malam pada hujung minggu.

empat kiri, Alan, Datuk Lee bersama ahli keluarga Alan memotong reben sebagai tanda simbolik perasmian Chatime pertama di Miri semalam.

DARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.