Utusan Borneo (Sabah)

Rizab antarabang­sa BNM AS$101.9 bilion pada akhir November

-

KUALA LUMPUR: Rizab antarabang­sa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$101.9 bilion (RM430.4 bilion) pada 30 Nov, 2017 berbanding AS$101.5 bilion (RM429 bilion) yang direkodkan pada 15 Nov, 2017.

Dalam satu kenyataan semalam, bank pusat itu berkata kedudukan itu mencukupi untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabang­sa itu merangkumi rizab mata wang asing (AS$95.4 bilion), kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabang­sa (IMF) (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluara­n Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.0 bilion).

Aset-aset pula terdiri daripada emas dan tukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM430.385 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM4.09 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM7.878 bilion), pinjaman dan pendahulua­n (RM7.666 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) serta asetaset lain (RM8.788 bilion).Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia