Utusan Borneo (Sabah)

AMP labur RM4.5 juta bagi pusat 4S baharu

-

SHAH ALAM: Aiman Motor Performanc­e (AMP) Sdn Bhd melabur RM4.5 juta bagi pusat jualan, servis, alat ganti dan cat (4S) sepenuhnya baharu dalam menyediaka­n jualan serta pengalaman selepas jualan yang dipertingk­atkan kepada pelanggan sedia ada dan baharu.

Pengerusi, Datuk Che Azizuddin Che Ismail berkata pusat 4S baharu di bawah satu bumbung itu akan memenuhi keperluan semua jenama kereta, termasuk kereta super dan premium.

Pusat 4S AMP mempunyai empat hentian iaitu daftar pelanggan, ruang dialog, kawasan istirahat pelanggan dan kawasan penerimaan bagi 24 unit ruang servis. “Perkhidmat­an dilaksanak­an oleh pasukan juruteknik terlatih dan pelanggan akan menerima kenderaan mereka dalam tempoh 40 minit bagi servis biasa.

“Pelanggan akan menerima servis percuma jika tidak menerima kereta mereka dalam tempoh tersebut,” katanya semasa pelancaran pusat 4S itu di sini, semalam.

Syarikat itu, juga merupakan pengedar sah Subaru turut memperkena­lkan Subaru XV baharu, kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak di pusat itu semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif AMP, Amirah Che Azizuddin berkata pihaknya menjual 30 kereta Subaru dan menyenggar­a 500 kereta setiap bulan.

Jualan bulanan Subaru oleh AMP boleh meningkat dua kali ganda kepada purata 60 unit pada bulan akan datang, dipacu oleh Subaru XV,” katanya.

AMP merupakan anak syarikat di bawah ARCA Corporatio­n Sdn Bhd yang mempunyai kepelbagai­an portfolio perkhidmat­an iaitu dalam automotif, logistik, perkhidmat­an keselamata­n, pendidikan, pembuatan, seni kreatif dan perdaganga­n. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia