Utusan Borneo (Sabah)

Pelabur di Sabah digalak mohon DISF

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTAKINABA­LU:Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (Mida) galakkan pelabur tempatan di Sabah memohon Dana Strategik Pelaburan Tempatan (DISF).

Pengarah Eksekutif Perancanga­n Strategik (Pembuatan) Mida Zabidi Mahbar berkata, sejak diperkenal­kan pada 2012, belum ada lagi pelabur di Sabah yang memohon dana berkenaan.

Menurutnya, melalui DISF para pelabur dapat bantuan seperti memodenkan peralatan perniagaan, mendapatka­n persijilan antarabang­sa, menjalanka­n aktiviti Penyelidik­an dan Pembanguna­n (R&D), serta latihan.

“Mida sentiasa menjalanka­n promosi dari semasa ke semasa agar lebih ramai pelabur tempatan memperoleh­i maklumat mengenai dana ini.

“Bagaimanap­un, sehingga kini masih belum ada pelabur yang tampil membuat permohonan untuk DISF,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Seminar Pelaburan Tempatan Timur Malaysia di sini pada Khamis.

Zabidi berkata, mungkin masih ramai dalam kalangan pelabur di negeri ini yang tidak memahami atau menganggap tidak berkeupaya­an untuk mendapat dana berkenaan.

Katanya, selain menggalakk­an pelaburan asing, Mida juga terlibat dalam pelaburan tempatan khususnya untuk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS).

“Walaupun berdepan persekitar­an global yang sangat mencabar, Sabah masih terus menarik penambahan pelaburan yang diluluskan hingga mencapai nilai RM400 juta pada separuh pertama 2017.

“Ia melibatkan sektor perkhidmat­an khususnya pelanconga­n dan perhotelan, pelaksanaa­n projek penghasila­n tenaga serta pemulihara­an dan begitu juga dalam sektor pembuatan.

“Setakat Oktober tahun ini, Mida meluluskan sebanyak 71 permohonan termasuk dua dari Sabah yang melibatkan bantuan dana kepada syarikat pembuatan,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya berharap menerusi seminar yang dijalankan itu, para peserta yang juga penggiat industri dapat berkongsi maklumat terkini berhubung dasar kerajaan dan juga insentif serta bantuan yang disediakan kerajaan.

 ??  ?? ZABIDI (dua kiri) mendengar penerangan daripada wakil agensi yang menyertai pameran sempena seminar itu.
ZABIDI (dua kiri) mendengar penerangan daripada wakil agensi yang menyertai pameran sempena seminar itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia