Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat peroleh Projek PDP akan diumumkan pada suku pertama 2018

-

JOHOR BAHRU: Syarikat yang berjaya dalam pembinaan Rakan Kongsi Penyampaia­n Projek (PDP) Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG HSR), akan diketahui pada suku pertama tahun depan.

Pengarah Komersial MyHSR Corp Sdn Bhd Tonny Yeap berkata tarikh akhir untuk mengemukak­an cadangan tender PDP ialah pada akhir Januari depan.

“Kini, kami masih membuka peluang kepada syarikat untuk menyatakan minat dalam tender itu, dan oleh itu. angkanya terus berubah.

“Kami membukanya untuk konsortium tempatan dan asing. Yang penting syarikat tampil ke hadapan, namun perlu dan wajib memiliki pengalaman dalam bidang kereta api di Malaysia, selain kepakaran dalam kereta api laju,” katanya kepada pemberita pada taklimat media di sini semalam.

MyHSR Corp memanggil tender bagi melantik PDP untuk projek mega itu pada 22 Nov.

PDP akan menyediaka­n reka bentuk terperinci bagi kerja-kerja infrastruk­tur, yang meliputi struktur stesen dan jajaran di Malaysia, selain membangunk­annya mengikut bajet dan tempoh masa yang ditetapkan.

Mengenai sama ada jajaran yang dicadangan sudah dimuktamad­kan, Pengarah Penyampaia­n Projek Mark Loader berkata cadangan itu sudah dikemukaka­n kepada Suruhanjay­a Pengangkut­an AwamDarat(SPAD)dansedang melalui proses pemeriksaa­n awam yang bermula 1 Nov lepas.

“Pada akhir proses pemeriksaa­n itu, kami akan mengumpulk­an maklum balas daripada orang awam dan menanganin­ya, sebelum dikembalik­an kepada SPAD bagi jajaran akhir kami.

“Kami akan mengambil masa satu atau dua bulan untuk mengkaji semua ulasan, dan mengemukak­annya semula versi skim kereta api itu untuk keputusan muktamad SPAD.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia