Yang pertama oleh ketua kerajaan Turki dalam 65 tahun, dibayangi kebimbangan pergeseran wilayah
ISTANBUL: Presiden Recep Tayyip Erdogan memulakan lawatan pertama oleh ketua kerajaan Turki ke Greece dalam tempoh 65 tahun semalam, dengan kebimbangan mengenai hubungan apabila Athens menyatakan ia “bimbang” mengenai ke-nyataannya yang dianggap sebagai menghidupkan semula pergeseran wilayah.
Hubungan di antara Turki dan Greece semakin mesra sejak 20 tahun lalu, selepas ketegangan selama berdekad-dekad yang hampir mencetuskan konfrontasi ketenteraan pada 1996 berakhir apabila gempa bumi melanda kedua-dua negara pada 1999.
Hubungan pada hari ini agak mesra, tetapi seorang jurucakap kerajaan Greece menyuarakan kebimba-ngan selepas presiden Turki itu menuntut “penambahbaikan” kepada cara ruang udara dan perairan di antara kedua-dua negara digaris-kan di Laut Aegean dalam satu wawancara televisyen kelmarin.
“Wawancara pada hari ini bersama Erdogan menimbulkan persoalan dan kebimba-ngan yang serius,” Dimitris Tzanakopoulos menyebut dalam satu kenyataan, dan menambah Athens melihat lawatan itu sebagai “peluang untuk membina jambatan, bukan tembok”.
Dengan kebuntuan dalam usaha Turki untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) dan hubungan yang dingin dengan kebanyakan negara Barat, lawatan Erdogan adalah lawatan keduanya ke sebuah negara anggota EU sejak kudeta yang gagal pada tahun lepas, setelah rundingan di Poland pada Oktober lalu.
Presiden Turki Celal Bayar melawat Greece pada 1952, tahun sama kedua-dua negara serentak menyertai NATO dengan sokongan kuat Amerika Syarikat.
Erdogan melawat Greece dua kali sebagai perdana menteri pada 2004 dan 2010, selepas pemulihan hubungan di antara Ankara dan Athens yang hanya bermula bersungguhsungguh setelah gempa bumi berlaku.
Kedua-dua negara menjalin hubungan meresahkan yang bermula sejak penubuhan negara moden Republik Turki dari puing Empayar Othmaniah.
Namun Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) berpaksikan Islam pimpinan Erdogan, yang memegang kuasa pada 2002, mahu menjalin hubungan yang lebih pragmatik berdasarkan perdagangan dan pelancongan, dan Greece menjadi penyokong penting usaha Turki untuk menyertai EU.
“Lawatan Erdogan boleh dilihat sebagai sebahagian daripada fasa pemulihan hubungan yang lama di antara kedua-dua negara yang bermula pada 1999,” kata Dimitrios Triantaphyllou, selaku pengarah Pusat Kajian Eropah dan Antarabangsa di Universiti Kadir Has, Istanbul, kepada AFP.
Namun beliau menambah sementara hubungan GreeceTurki dapat dilihat sebagai “agak bertenaga”, tiada satu pun daripada pelbagai isu berbangkit di antara kedua-dua pihak yang sudah diselesaikan.
“Selain pragmatisme, jurang luas wujud di antara kedua-dua negara,” katanya.
Athens tidak gembira mengenai penyelenggaraan warisan Byzantine oleh Turki di Istanbul, dahulu dikenali sebagai Constantinople, termasuk Hagia Sophia, yang secara rasmi adalah sebuah muzium tetapi telah menyaksikan semakin ramai Muslim bersolat di sana sejak beberapa tahun lalu.
Greece juga digegarkan oleh kecaman Erdogan yang kadang-kadangmarahterhadap perjanjian pasca Perang Du-nia Pertama yang menetapkan sempadan moden kedua-dua negara dan bermakna hampir kesemua pulau di Laut Aegean adalah wilayah Greece.
Erdogan membangkitkan semula isu itu kelmarin dalam wawancara dengan Skai TV dari Greece, dan menyatakan perairan wilayah sedia ada “agak bermasalah” bagi kapal maritim Turki yang belayar di Laut Aegean, “dan ini bukanlah sesuatu yang kami boleh terima”.
Sementara itu Ankara pula tidak gembira kerana Greece menerima suspek yang dikehendaki berhubung kudeta yang gagal pada 2016 dan lari dari Turki, khususnya lapan anggota tentera yang melari-kan diri dengan menaiki hospital pada malam cubaan rampasan kuasa.
Satu lagi perkara yang masih menjadi duri dalam daging adalah Cyprus, di mana bahagian utara pulau itu masih diduduki tentera Turki ekoran pencerobohan pada 1947 sebagai tindak balas kepada kudeta yang diilhamkan oleh Athens untuk menyatukannya dengan Greece.
Rundingan damai yang diuar-uarkan pada tahun ini yang menghimpunkan kedua-dua pihak di pulau yang berpecah-belah itu selain Greece, Turki dan kuasa penjajah Britain berakhir tanpa sebarang kemajuan.
Athens dan Ankara bekerja sama berhubung krisis pendatang, ekoran persetujuan di antara Turki dan EU yang telah berjaya membendung dengan signifikan kemasukan manusia ke Eropah. — AFP