Utusan Borneo (Sabah)

Parlimen Australia benar perkahwina­n sejantina

-

SYDNEY: Parlimen Australia meluluskan rang undang-undang yang membe-narkan perkahwina­n sejantina semalam selepas negara itu membuat undian yang kebanyakan­nya menyokong pindaan kepada undang-undang, sekali gus menamatkan perbalahan politik.

Sorakan hingar-bingar, pelukan dan tepukan berpanjang­an bergema dalam Dewan Rakyat apabila semua kecuali empat Ahli Parlimen (MP) mengundi untuk menyokong kesamarata­an perkahwina­n, selepas Dewan Negara (Senat) meluluskan rang undang-undang itu 4312 pada minggu lepas.

“Hari yang hebat untuk cinta, untuk kualiti, untuk sikap hormat! Australia sudah melakukann­ya,” kata Perdana Menteri Malcolm Turnbull kepada Dewan.

Langkah terakhir adalah untuk Ketua Gabenor Peter Cosgrove, wakil Ratu Elizabeth II di Australia, untuk mengesahka­n undangunda­ng itu, yang mungkin akan dibuat dalam masa beberapa hari lagi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia