Utusan Borneo (Sabah)

Merealisas­i Muzium Budaya Kedayan

Lawatan sambil belajar ke Miri cetus idea bernas

- AHLI rombongan turut serta bermukun bersama penduduk Kg Pejuang Kelulit.

PROGRAM Lawatan Sambil Belajar Komuniti 1Malaysia (K1M) Zon 3 Sungai Miri, Wilayah Persekutua­n Labuan ke Bahagian Miri telah memberi cetusan idea baharu kepada ahli K1M.

Ia juga merapatkan lagi silaturahi­m antara komuniti masyarakat di Labuan khususnya masyarakat Kedayan kedua-dua negeri berjiran ini.

Pengerusi K1M Zon 3 Sungai Miri Labuan Haji Tajudin Umar berkata melalui lawatan itu, banyak input idea diperolehi bagi merealisas­ikan Muzium Budaya Masyarakat Kedayan yang bakal siap dibina pada tahun depan di Kampung Sungai Miri di sini.

“Justeru, melalui hasil lawatan ke Kampung Pejuang Kelulit, Sibuti Miri yang merupakan salah satu perkampung­an masyarakat Kedayan yang terdapat di sana yang banyak memperoleh­i kejayaan dalam bidang kebudayaan, pertanian dan pelanconga­n, boleh dipelajari dan dibawa ke tempat kami.

“Kami melihat pelbagai barangan tradisiona­l masyarakat Kedayan di muzium budaya yang terdapat di Kampung Pejuang Kelulit antaranya tempat menyimpan padi (junjung padi), kraftangan tradisiona­l serta senibina rumah tradisi masyarakat Kedayan yang boleh ditonjolka­n di Muzium Budaya Masyarakat Kedayan di Kampung Sungai Miri apabila siap nanti,” katanya.

Beliau juga kagum dengan masyarakat kaum Kedayan di Kampung Pejuang Kelulit yang masih menyimpan barangan lama serta anak-anak mudanya didedahkan dengan budaya tradisi masyarakat Kedayan antaranya seni alatan gendang dan Bermukun.

Selain itu tambahnya, lawatan ke Taman Negara Gua Niah dan Rumah Panjang Masyarakat Iban di Miri juga banyak memberi idea dari segi pemelihara­an dan pemulihara­an artifak purba serta barangan lama yang boleh dipelajari apabila siapnya muzium itu nanti.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Azman Sipan, lawatan itu dapat mengeratka­n lagi silaturahi­m antara komuniti masyarakat Kedayan di Labuan dan Sarawak yang mana, perbezaan budaya dari segi makanan, tarian dan alatan tradisiona­l tidak jauh berbeza.

Beliau yakin ahli K1M Zon 3 Sungai Miri seramai 60 orang yang mengikuti rombongan lawatan itu dapat memanfaatk­an segala ilmu yang ditimba.

Beliau juga teruja dan berterima kasih kepada Penghulu Kampung Pejuang Kelulit, Sibuti Miri, Junit Mulok bersama para penduduk itu yang memberikan layanan mesra semasa menyambut kedatangan rombongan lawatan K1M Zon 3 Sungai Miri, yang turut disertainy­a.

Azman berharap agar hubungan erat itu dapat dikukuhkan lagi dengan lawatan balas oleh para penduduk Kampung Pejuang Kelulit, Sibuti Miri ke Labuan suatu hari nanti.

 ??  ?? AHLI rombongan melawat Gua Niah.
AHLI rombongan melawat Gua Niah.
 ??  ?? AHLI rombongan lawatan sambil belajar K1M Zon 3 Sungai Miri merakamkan gambar kenangan bersama penduduk Kg Pejuang Kelulit.
AHLI rombongan lawatan sambil belajar K1M Zon 3 Sungai Miri merakamkan gambar kenangan bersama penduduk Kg Pejuang Kelulit.
 ??  ?? AZMAN (kiri) dan Tajudin (tiga dari kanan) serta ahli rombongan yang lain melihat barangan kraftangan ketika melawat ke Kampung Pejuang Kelulit.
AZMAN (kiri) dan Tajudin (tiga dari kanan) serta ahli rombongan yang lain melihat barangan kraftangan ketika melawat ke Kampung Pejuang Kelulit.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia