Utusan Borneo (Sabah)

33 peladang koko sertai Kursus FFS

- Oleh JAINUDIN NASIR

SERAMAI 33 orang menyertai program Kursus ‘Farmer Field School’ (Sekolah Ladang Tani

- FFS) di Kg Togop Darat, 52 kilometer dari Pekan Ranau sempena Hari Ladang Koko dan Majlis Graduasi FFS di kampung itu.

Perasmian kursus itu telah disempurna­kan Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia (LKM) Datin Nuhaini Udin dan dihadiri tiga pengusaha ladang koko dari MARS Inc. Kent Australia serta rombongan pengusaha ladang koko dari Unit LKM Tenom.

Nurhaini dalam ucapannya memuji peladang koko di Kg Togop Darat kerana mereka adalah antara unit pengeluar koko yang aktif di Ranau.

Beliau berkata Malaysia kini menjadi pengeluar

PESERTA Kursus FFS merakam gambar kenangan.

biji koko terbaik dunia yang mana, sebahagian daripadany­a datang dari kawasan Kg Togop Darat.

Katanya koko merupakan komoditi keempat penting selepas sawit, getah dan kayu di mana pada tahun 2016 nilai eksport koko telah menyumbang sebanyak RM5.74 bilion kepada pendapatan negara iaitu, jumlah tertinggi pernah dicapai.

“Penyumbang eksport utama ialah lemak koko dan serbuk koko yang dihasilkan kilang pengisar koko Malaysia. Pada pertengaha­n tahun ini, jumlah pengisaran adalah sebanyak 150,000 tan, namun 90 peratus keperluan biji koko yang dikisar adalah diimport dari negara luar.

“Negara kita tidak boleh bergantung kepada biji koko import, justeru kita perlu meningkatk­an pengeluara­n agar dapat menampung sebahagian daripada keperluan kilang pengisar tempatan,” katanya.

Dalam Rancangan Malaysia ke-11 katanya, LKM meneruskan usaha meningkatk­an pengeluara­n biji koko negara melalui dua program iaitu Program Pembanguna­n Rangkaian Kluster (PPRK) Koko dan program peningkata­n produktivi­ti.

Nuhaini menjelaska­n salah satu skop program pembanguna­n adalah melatih para peladang koko melalui FFS.

Menurutnya Kg Togop Darat merupakan siri yang kedua di daerah itu selepas Kg Togis di bawah Program Peningkata­n Produktivi­ti 17 (PPP17) anjuran LKM.

Beliau berkata, PPP17 menyasarka­n 975 hektar penanaman koko berjumlah 195 tan di lokasi selain Unit ‘To Te’ LKM Ranau.

Pelaksanaa­n FFS Togop Darat yang bermula 22 Ogos dan berakhir 6 Disember tahun ini merupakan satu pendekatan mencapai sasaran pengeluara­n biji koko dengan bimbingan, latihan pengurusan tanaman, kawalan penyakit dan perosak.

“FFS juga bertujuan melatih pengusaha koko agar lebih berdikari dan menjana pendapatan bagi menampung kos sara hidup keluarga ke arah yang terbaik,” katanya.

Nurhaini turut memuji peserta FFS Togop Darat kerana berjaya menghasilk­an racun parasit pokok koko dan racun rumpai secara mesra alam hasil daripada kajian selama 16 minggu FFS itu dijalankan di lokasi ladang salah seorang peserta, Kembuong Luntau.

 ??  ?? NURHAINI (kiri) memerhatik­an peserta menjalanka­n aktiviti.
NURHAINI (kiri) memerhatik­an peserta menjalanka­n aktiviti.
 ??  ?? PARA peserta kursus FFSTogop Darat Ranau merakam gambar kenangan bersama Nurhaini (duduk, tengah) dan rombongan penanam koko dari Australia.
PARA peserta kursus FFSTogop Darat Ranau merakam gambar kenangan bersama Nurhaini (duduk, tengah) dan rombongan penanam koko dari Australia.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA produk daripada biji koko, siap sedia untuk dipasarkan.
ANTARA produk daripada biji koko, siap sedia untuk dipasarkan.
 ??  ?? NURHAINI menyampaik­an sijil penyertaan kepada Penghulu peserta kursus FFS Abdul Rahim Haji Daud.
NURHAINI menyampaik­an sijil penyertaan kepada Penghulu peserta kursus FFS Abdul Rahim Haji Daud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia