Utusan Borneo (Sabah)

Jejak keluarga sebenar dalam telemovie di TV1

-

DIMSUM, perkhidmat­an langganan ‘video-ondemand’ (SVOD) Malaysia, menyambut ulang tahun pertamanya dengan menandatan­gani empat perjanjian penting bersama syarikat penyiaran terkemuka Asia, sempena Asia TV Forum & Market (ATF) di Singapura baru-baru ini.

Dimsum menandatan­gani perjanjian bersama GMM Grammy (Thailand), Celestial Tiger Entertainm­ent (Hong Kong), Ani-One (Hong Kong) dan Asia Travel (Taiwan).

“Ini merupakan pencapaian penting bagi dimsum kerana rakan serantau utama kini bersama kami. Kali ini kami mendapat empat secara serentak,” kata Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim.

Dimsum diurus oleh SMG Entertainm­ent Sdn Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai Star Online Sdn Bhd, yang merupakan se-bahagian daripada Star Media Group, yang memberi tumpuan kepada kandungan Asia yang disalurkan menerusi aplikasi mudah alih dan juga pelayar web.

Kandungan dimsum bertumpuka­n kepada siri drama dan persembaha­n daripada rakan kongsi kandungan terbaik di seluruh Asia.

“Kami sedang mengenal pasti lebih banyak perkongsia­n, terutama membabitka­n kandungan. Kami banyak memberi tumpuan kepada negara Asia Timur. China dan Singapura penting bagi kami, selain Taiwan, Thailand, Korea Selatan, dan Jepun,” kata Lim.

Sejak dilancarka­n pada November 2016, dimsum memperoleh hak eksklusif dari China, Taiwan, Thailand dan Jepun.

Kandungan dalam khazanahny­a termasuk filem, drama, dokumentar­i, pelbagai, serta persem-bahan kanak-kanak dari China, Jepun Taiwan, Hong Kong, Thailand, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan Malaysia.

Mengenai prestasi setahun dimsum, Lim menyifatka­n ‘prestasiya hebat dan merupakan tahun yang sibuk.”

“Kami berjaya memenuhi sasaran. Keseluruha­n 12 bulan melibatkan aktiviti pengedaran, pembayaran dan penyepadua­n bersama syarikat telekomunk­asi,” katanya. - Bernama MEMBAWAKAN watak utama sebagai Cempaka Muslim, seorang penulis wanita dari Jakarta antara cabaran diterima pelakon Farahdhiya membintang­i telemovie bertajuk ‘Ombak Kenangan’ yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 16 Disember ini, jam 10 malam di TV1.

Kecintaann­ya terhadap kesenian dan kebudayaan membawa dia menjadi kolumnis ruangan kebudayaan dalam salah sebuah majalah di Indonesia.

Fokus utamanya ingin menyelami keunikan tradisi kesenian Wayang Kulit termasukla­h Wayang Purwo, Wayang Kulit Jawa dan sebagainya.

Turut menampilka­n lakonan mantap Ridhuan Hashim, Azza AF dan Yaya Maembong, ia mengisahka­n Tuan Jalal, bekas pengarah filem yang mengalami kekesalan sepanjang hidupnya atas kesilapan masa lalu.

Kini beliau mengusahak­an sebuah chalet percutian tepi pantai, Seri Ayu Resort di negeri Kelantan. Beliau memiliki keperibadi­an dan personalit­i tokoh yang dihormati orang ramai.

Setiap hari, di waktu senggang, Tuan Jalal menghabisk­an masanya merenung jauh di tepi pantai. Sakit jantung yang dihidapiny­a sejak 10 tahun lalu sering kali meng-ganggu kesihatann­ya.

Sementara itu keingin-an Cempaka untuk menyelami lebih dalam mengenai kesenian wayang kulit membawanya ke bumi Malaysia untuk mendekati pula Wayang Kulit Kelantan.

Di Kota Bharu, Cempaka bertemu dengan Osman, pemandu van pelancong yang membawanya ke Seri Ayu Resort yang sering menganjurk­an persembaha­n Wayang Kulit untuk tatapan pengunjung­nya.

Osman kemudianny­a memperkena­lkan Cempaka kepada Tuan Jalal yang juga merupakan bapa angkatnya.

Tuan Jalal tertarik dengan semangat anak muda seperti Cempaka untuk mendalami kesenian tradisi wayang kulit ini lalu mengajak Cempaka untuk tinggal di rumahnya, rumah banglo di tepi pantai yang cukup indah. Tambahan pula dia tinggal keseoranga­n.

Perhubunga­n antara Tuan Jalal dan Cempaka semakin rapat. Tuan Jalal banyak berkongsi pengetahua­nnya tentang wayang kulit. Osman yang merupakan anak angkat Tuan Jalal memang sering berkunjung ke rumah itu. Selama ini pun, memang Osmanlah yang mengambil berat tentang kesihatan Tuan Jalal. Sesekali Osman membawa Cempaka untuk melawat kawasan-kawasan kebudayaan di sekitar Kota Bharu.

Seminggu di rumah Tuan Jalal, perhubunga­n Osman dan Cempaka juga semakin rapat. Tuan Jalal gembira melihat perkembang­an itu. Perhubunga­n akrab antara mereka bertiga mengembali­kan Tuan Jalal pada sesuatu yang pernah dia hilang, nikmat berkeluarg­a.

Tanpa diduga, perhubunga­n akrab Osman dan Cempaka membawa perasaan dengki terhadap mereka oleh Alya. Alya menaruh hati kepada Osman, namun cintanya sering tak berbalas. Melihat kemesraan Osman dan Cempaka, Alya menjadi kurang senang.

Alya cuba memburukka­n Cempaka. Hingga dia bersemuka dengan Cempaka memberi amaran untuk menjauhkan diri daripada Osman.

Namun siapakah sebenarnya Cempaka? Adakah Cempaka miliki hubungan pertalian keluarga dengan

Tuan Jalal?

Saksikan kesudahann­ya hanya di TV1.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia