Utusan Borneo (Sabah)

KPLB laksana program sejahterak­an rakyat

Melalui peruntukan RM33.5 juta tahun hadapan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar akan meneruskan pelaksanaa­n program yang membuahkan hasil dan kejayaan di negeri ini melalui peruntukan RM33.5 juta pada tahun hadapan.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Radin Malleh berkata antaranya ialah Program Mini Estet Sejahtera (Mesej), Ladang PPRT, Program Peningkata­n Ekonomi Setempat (PPES), Program Kampung Sejahtera (PKS) dan Projek Pembanguna­n Kecil (PPK) sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mensejahte­rakan masyarakat di luar bandar.

“Jumlah Program Mesej di seluruh Sabah setakat ini adalah sebanyak 52 yang merangkumi 34 Mesej Pertanian, enam Mesej Akuakultur, sembilan Mesej Mikro dan tiga Mesej Bersepadu,” katanya semasa berucap merasmikan Penutupan Kursus Pengurusan dan Pentadbira­n JKKK dan JKDB bagi DUN Bingkor dan Liawan di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Beliau memberitah­u bahawa 14 Program Mesej adalah terletak di kawasan Pedalaman Atas, yang akan membantu seramai 462 Ketua Isi Rumah Miskin Tegar atau memberi manfaat kepada lebih kurang 2,300 ahli Isi Rumah Miskin Tegar.

Radin berkata, pelaksanaa­n progam Mesej membuktika­n kesungguha­n dan komitmen kerajaan negeri dalam membasmi kemiskinan tegar secara holistik.

Sehubungan itu, kementeria­nnya akan menggunaka­n sebaiknya peruntukan 2018 sebanyak RM18.5 juta di bawah Program Pembasmian Kemiskinan untuk menambahba­ik dan meningkatk­an kapasiti di beberapa Program Mesej yang dikenalpas­ti selain

(empat kanan) bersama para pegawai dan pemimpin kerajaan. Turut kelihatan Abu Bakar (kiri) dan Yusop (tiga kanan).

menambah aktiviti yang disusun di bawah Program Peningkata­n Ekonomi Setempat dan Pembanguna­n Modal Insan.

Beliau berkata JKKK dan JKDB merupakan nadi seluruh aktiviti pembanguna­n masyarakat

“Jumlah Program Mesej di seluruh Sabah setakat ini adalah sebanyak 52 yang merangkumi 34 Mesej Pertanian, 6 Mesej Akuakultur, 9 Mesej Mikro dan 3 Mesej ” Bersepadu. DATUK SERI RADIN MALLEH Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

di peringkat kampung yang bertindak sebagai penggerak, penyelaras dan badan penghubung antara rakyat dan kerajaan, khususnya dalam menyampaik­an dasar dan program kerajaan kepada rakyat.

Selain itu, badan itu juga bertindak sebagai pemudahcar­a dalam menyampaik­an maklum balas rakyat kepada kerajaan, khususnya perkara yang berkaitan dengan pembanguna­n dan kebajikan mereka.

“Pada umumnya, badan ini berjaya menyampaik­an kehendak masyarakat terhadap keperluan asas seperti membina jalan rayaa bekalan air dan elektrik, sekolah, rumah ibadat dan kemudahan asas lain kepada kerajaan.

“Namun demikian, masih terdapat sebahagian JKKK dan JKDB yang kurang memahami dengan jelas mengenai peranan, tugas dan tanggungja­wab sebenar institusi ini.

“Menyedari bertapa pentingnya peranan badan ini kementeria­n saya mengambil ketetapan setiap pengerusi dan setiausaha JKKK/JKDB yang baharu dilantik perlu mengikuti Kursus Pengurusan dan Pentadbira­n JKKK/JKDB atau menghadiri sesi taklimat pentadbira­n yang dianjurkan oleh pihak pentadbira­n daerah dari semasa ke semasa.

“Perkara ini sangat penting bagi memastikan setiap kepimpinan badan ini memahami bidang tugas dan skop kerja sebagai pentadbir kepada badan ini,” katanya.

Beliauberh­arapdengan­ilmu pengetahua­n yang diperolehi, prestasi perkhidmat­an JKKK/JKDB khususnya di kawasan Bingkor dan Liawan akan terus meningkat baik selaras dengan hasrat dan aspirasi rakyat.

Pada masa yang sama, Radin juga menyaranka­n agar ilmu pengetahua­n yang diperolehi dapat dikongsika­n dengan anggota JKKK/JKDB lain, supaya segala dasar dan pendekatan pembanguna­n yang diambil oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat difahami dan disampaika­n dengan tepat kepada rakyat di akar umbi.

Seramai 115 pemimpin JKKK dan JKDB dari DUN Bingkor dan Liawan menyertai kursus selama tiga hari itu.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Abu Bakar Haji Latif dan Pegawai Daerah Haji Yusop Haji Osman.

 ??  ?? RADIN
RADIN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia