Utusan Borneo (Sabah)

Seminar EIS di Hotel Promenade pada 19 Dis

-

KOTA KINABALU: Seminar Persekutua­n Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mengenai Sistem Insuran Pekerjaan (EIS) akan diadakan di Hotel Promenade, di sini pada 19 Disember ini.

Seminar itu akan menyediaka­n pandangan kepada pekerja dan majikan di Sabah mengenai pelaksanaa­n mandatori EIS pada 1 Januari 2018.

Pengarah Eksekutif MEF Datuk Haji Shamsuddin Bardan akan mengendali­kan acara setengah hari itu yang terbukti sangat popular dalam kalangan CEO dan pengamal sumber manusia berdasarka­n kehadiran yang amat menggalakk­an di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baharu, baru-baru ini.

Rang Undang-Undang Sistem Insuran Pekerjaan 2017 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 26 Oktober 2017 menyediaka­n beberapa kebaikan dan program penempatan pekerjaan semula dan lain-lain polisi pasaran buruh yang aktif untuk dikeluarka­n kepada pekerja sekiranya hilang pekerjaan.

Seminar ini akan membenarka­n para pekerja untuk membiasaka­n diri dengan peruntukan Rang Undang-Undang termasuk isu dan implikasi yang akan timbul dari segi liputan, pentadbira­n, pendaftara­n dan sumbangan, kebaikan, program penempatan pekerjaan semula, penguatkua­saan dan penyiasata­n.

Sempena seminar itu, MEF cawangan Sabah juga akan mengendali­kan sesi rangkaian familirasi dengan ahli di tempat yang sama pada 18 Disember 2017.

Sesi percuma ini akan membincang­kan dengan pekerja mengenai pelbagai isu topikal terhadap pengurusan sumber dan industri berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia