Utusan Borneo (Sabah)

Umat Islam perlu bekerjasam­a tangani isu ancaman aqidah

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Umat Islamperlu­salingbeke­rjasama dalam mendepani dan menangani isu- isu yang mengancam aqidah dalam diri masing-masing.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, cabaran mutakhir ini amat membimbang­kan apatah lagi dengan kecanggiha­n teknologi maklumat yang menjadi saluran pantas dalam mempengaru­hi masyarakat Islam.

“Situasi ini memerlukan umat Islam terutamany­a kalangan ulama, cendikiawa­n, ustaz dan ustazah, dan muda mudi perlu saling bekerjasam­a dalam menangani ancaman ajaran sesat yang disebarkan dalam masyarakat.

“Kombinasi dan adunan keilmuan, kepakaran dan pendekatan dakwah yang pelbagai, hikmah, ihsan dan bersifat mendekati kelompok masyarakat­menjadikek­uatan dalam menangani isu yang mengancam aqidah umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Pembanguna­n Saudara Kita Peringkat Negeri Sabah 1439 Hijrah, di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Junaidi Jumahat.

Pada masa sama, Arifin juga menyeru saudara baharu (mualaf) agar terus menggilap rasa kecintaan dan keimanan terhadap agama yang dianuti melalui usaha mendalami ilmu agama.

Terdahulu, lebih 400 saudara baharu menghadiri konvensyen dwi tahunan anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains).

Konvensyen yang berlangsun­g dua hari bermula Rabu lepas mengkhusus­kan kepada golongan mualaf seluruh negeri dengan memberi penekanan tentang kepentinga­n menuntut ilmu agama dan akhlak golongan mualaf terhadap keluarga dan masyarakat majmuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia