Utusan Borneo (Sabah)

Tanah adat Dusun Begahak: Jawatankua­sa terus merayu penyelesai­an adil kerajaan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Jawatankua­sa Badan Bertindak Menuntut Tanah Adat Dusun Begahak masih menanti keputusan kerajaan meskipun ia sudah berlanjuta­n lebih lima tahun.

Pengerusin­ya Robin Balud (gambar) berkata dia bersama lebih 1,000 pewaris tanah adat itu akan terus memperjuan­gkan hak mereka dengan menuntut tanah di Felda Sahabat 1, 2 dan 55 yang kini diusahakan dengan tanaman sawit.

“Satu surat yang ditandatan­gani Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu menyatakan kawasan yang dituntut (tanah adat) adalah tanah bergeran milik Felda sedangkan umum tahu bahawa Felda wujud sekitar 1980-an.

“Nenek moyang keturunan Dusun Begahak pula sudah membuka kampung dan memulakan kehidupan di situ sejak sebelum kedatangan British.

“Kami tidak akan berganjak untuk mendapatka­n hak kami kerana di atas tanah itulah segala peninggala­n keturunan kami berada, kami tidak rela khazanah warisan nenek moyang kami lupus begitu sahaja,” katanya kepada Utusan Borneo, di sini pada Isnin.

Berikutan itu, pada 30 Novermber lalu jawatankua­sa itu bersama penduduk kampung berhimpun sekali lagi untuk tujuan yang sama di satu kawasan tanah perkuburan nenek moyang mereka.

Turut diadakan upacara ritual etnik Dusun Begahak yang antara lain bertujuan memohon kemaafan kerana masih belum berhasil memperjuan­gkan hak tanah keturunan mereka.

Untuk rekod, akhbar ini juga membuat tinjauan ke kawasan tanah adat dan tiga tapak tanah perkuburan nenek moyang etnik ini pada Mac 2014.

Didapati kawasan tanah perkuburan telah dicerobohi orang luar termasukla­h mengganggu dan merosakkan peninggala­n barang-barang antik di kawasan itu.

Robin berkata, perbincang­an terakhir antara jawatankua­sa itu bersama Felda telah pernah diadakan iaitu pada 16 Disember 2016 di Kota Kinabalu dan sebelumnya 12 April 2016 di Lahad Datu.

Katanya, hasil perundinga­n itu menyatakan Felda bersedia akur mengembali­kan tanah adat mereka namun bergantung­kelulusand­aripada kerajaan dan Jabatan Tanah dan Ukur.

Beliau untuk sekian kalinya merayu kerajaan agar pembelaan terhadap warisan mereka termasuk tanah adat itu dapat diselesaik­an seadilnya.

“Semua pihak telah kami rujuk, segala laporan dan dokumen yang diperlukan telah diberikan, namun sehingga kini ia masih mendukacit­akan.

“Saya berharap nasib kami dibela kerajaan dan diberi penyelesai­an yang adil demi anak cucu keturunan etnik Dusun Begahak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ROBIN bersama jawatankua­sanya dan sebahagian penduduk Kampung Dusun Begahak.
ROBIN bersama jawatankua­sanya dan sebahagian penduduk Kampung Dusun Begahak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia