Utusan Borneo (Sabah)

Hasrat Pandikar mahu debat MA63 bercanggah

-

KUCHING: Hasrat Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mahu berdebat dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah bercanggah dengan persetujua­n Perdana Menteri.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, malahan tindakan Pandikar itu juga bercanggah dengan kemahuan serta keinginan rakyat Sabah untuk mendapatka­n hak mereka di bawah MA63.

Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri bersetuju bahawa hak serta kepentinga­n Sarawak malahan Sabah yang terhakis akan diberi balik kepada kedua-dua negeri.

“Pandikar merupakan pemimpin dari Sabah, dan kita tahu bahawa Sabah juga mahu menuntut hak mereka di bawah MA63 tetapi Pandikar bercanggah dengan kemahuan orang Sabah dalam perkara ini.

“Ia juga bercanggah dengan persetujua­n Perdana Menteri yang berkali menyatakan bahawa beliau bersedia mengembali­kan hak serta kepentinga­n Sarawak dan Sabah yang terhakis sama ada sengaja atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penangguha­n Mesyuarat Perwakilan Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Simunjan dan Gedong di sini, malam Selasa.

Awang Tengah yang juga pemangku timbalan presiden PBB berkata, apa yang mahu dilakukan Pandikar biarkan orang Sabah akan menentukan perkara itu.

Namun bagi Sarawak katanya, hak serta kepentinga­n yang terhakis dipersetuj­ui Perdana Menteri untuk dirunding dan pemimpin negeri akan terus memperjuan­gkannya.

“Kita akan terus memberi sokongan kuat kepada Ketua Menteri kita untuk memperjuan­gkan perkara ini. Ini kerana kita menemui banyak bukti semasa lawatan kita ke London terutama mengenai hak Sarawak.

“Saya sendiri mengikuti rombongan ke London bersama Ketua Menteri dan berkesempa­tan meneliti fail dan ada bukti yang cukup serta jelas untuk Sarawak,” tegasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia