Utusan Borneo (Sabah)

Projek tebatan banjir di Sarawak masih gagal tangani masalah banjir

-

KUCHING: Pelaksanaa­n projekproj­ek tebatan banjir di Sarawak hanyalah projek gajah putih yang gagal memberi manfaat kepada penduduk negeri ini sebaliknya banjir masih terus berlaku, lebihlebih lagi banjir kilat pada setiap kali hujan lebat.

Justeru, Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak See Chee How berkata Sarawak tidak akan terselamat daripada dilanda musibah banjir yang diramalkan dalam musim monsun ketika ini, disebabkan kegagalan dalam pelaksanaa­n langkah-langkah mengatasi banjir itu.

“Banjir di Kuching sejak dua hari lepas misalnya, jelas menunjukka­n prestasi yang kurang memberangs­angkan dalam pelaksanaa­n projek-projek tebatan banjir oleh kerajaan persekutua­n dan negeri,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR Sarawak di sini, pada Selasa.

Turut hadir Naib Pengerusi PKR Sarawak yang juga Pengerusi PKR Cawangan Mas Gading Boniface Willy Tumek dan Naib Ketua Wanita PKR Pusat Voon Shiak Ni.

Menurut See yang juga Adun Batu Lintang, puluhan juta ringgit telah diumumkan oleh kerajaan untuk projek tebatan banjir di Sarawak dalam tahun ini, tetapi setakat ini ia tidak menampakka­n keberkesan­an dalam mengatasi banjir.

Jelas beliau, sebanyak RM43.3 juta telah diperuntuk­kan kepada Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada tahun ini untuk melaksanak­an sebanyak 97 projek tebatan banjir kilat di Sarawak.

Bagaimanap­un, katanya sehingga November lepas, hanya sembilan projek yang telah siap, 49 projek dalam pelbagai peringkat kerja fizikal dan 39 projek masih dalam peringkat tender.

“Hanya 63 projek dijangka siap tahun ini manakala 34 projek dijangka siap tahun depan,” katanya sambil menyatakan hanya RM3.15 juta atau 7.3 peratus daripada dana yang diperuntuk­kan telah dibelanjak­an setakat November 2017.

See menambah, peruntukan sebenar oleh kerajaan persekutua­n kepada Sarawak untuk projek tebatan banjir juga tidak memuaskan di mana bagi tiga tahun pada 2015, 2016 dan 2017, peruntukan daripada Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak masing-masing berjumlah RM9.86 juta, RM5.96 juta dan RM13.60 juta.

“Walaupun Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar) dari Sarawak, beliau tidak dapat memastikan kerajaan persekutua­n menyerahka­n sepenuhnya peruntukan yang diluluskan kepada Sarawak. Ini tidak dapat diterima,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia