Utusan Borneo (Sabah)

200 sertai Keningau Village Run sejauh 12 kilometer

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Seramai 200 peserta lima daerah di negeri ini telah menyertai Keningau Village Run sejauh 12 kilometer yang diadakan di Taman Rekreasi Seri Cempaka Kampung Kota Ayangan, di sini baru-baru ini.

Daerah-daerah yang mengambil bahagian terdiri Keningau, Tenom, Kota Kinabalu, Ranau dan Tambunan.

Program ini adalah anjuran Persatuan Belia Kampung Kota Ayangan (Pebeka) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Persekutua­n Bahagian Keningau dan Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri Sabah daerah Keningau.

Para peserta telah dilepaskan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Keningau, Nik Nazri Nik Zawawi.

Laluan larian ini bermula dari Taman Rekreasi Seri Cempaka Kg Kota Ayangan - Kg Tigot - Kg Baginda - Kg Binaong - Jalan Tali Air Sawah Padi - Jalan Batu 33 dan berakhir Di Taman Rekreasi Seri Cempaka.

Larian ini turut disertai seramai 70 orang bagi kategori Pelajar Dela dan pelajar Dendo.

Pengerusi Pebeka, Mohammad Sisiq Haji Musa memberitah­u bahawa program ini adalah buat julung kali diadakan untuk mendedahka­n kepada masyarakat berkaitan sukan larian dan kecergasan yang menjadi sukan popular.

Selain itu katanya, memperkena­lkan Kg Kota Ayangan kepada masyarakat luar berkaitan keindahan alam di kampung dengan suasana sawah padi dan kedamaian kampung serta Taman Rekreasi Seri Cempaka yang menyediaka­n perkhidmat­an tempat beriadah bersama keluarga.

“Antaranya aktiviti memancing, Majlis Hari Keluarga dan mini ternakan ladang seperti puyu, itik, angsa serta berbagai unggas selain kursus penternaka­n kepada para belia dan masyarakat di sekitar daerah Keningau,” katanya.

Sidiq memberitah­u bahawa program ini juga adalah sebagai platform untuk mempromosi­kan Tahun Melawat Keningau 2018 (VKY2018) dengan kerjasama Pejabat Daerah, Pergerakan Pemuda Umno Keningau, Pejabat Penerangan Daerah, KPDNKK, SPRM, Pertubuhan Peladang Kawasan dan PDRM.

Para pemenang dalam Keningau Village Run 2017 bagi kategori pelajar Dela, Nielson Nukili sementera kategori pelajar Dendo, Norsyafika­h. Kedua-dua mereka masingmasi­ng membawa pulang hadiah wang tunai RM100.

Bagi kategori terbuka Dela dimenangi oleh Mohammad Eussofrey Hanis sementera terbuka Dendo dimenangi oleh Dr Madelienec­se.

Bagi Dela veteran dimenangi oleh Yusuf Tunkon dan Dendo veteran pula dimenangi oleh Chong Vanlung. Kesemua mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500.

Hadiah-hadiah masingmasi­ng disampaika­n oleh Pengurus Taman Rekreasi Seri Cempaka, Haji Musa Numan, Nazri dan Sidiq.

 ??  ?? PARA pemenang dan peserta larian bergambar bersama-sama dengan Nazri, Musa dan Sidiq.
PARA pemenang dan peserta larian bergambar bersama-sama dengan Nazri, Musa dan Sidiq.
 ??  ?? MUSA menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang pada program itu.
MUSA menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang pada program itu.
 ??  ?? NAZRI (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang. Turut kelihatan Pegawai Penerangan Daerah, Hendry Nurdin (tiga kiri) dan AJK penganjur lain.
NAZRI (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang. Turut kelihatan Pegawai Penerangan Daerah, Hendry Nurdin (tiga kiri) dan AJK penganjur lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia