Utusan Borneo (Sabah)

Tuavon Oldstar benam ASB Labuan 4-2

-

LABUAN: Pasukan pelawat Tuavon Oldstars (TOSC) berjaya menewaskan pasukan tuan rumah Asian Supply Base (ASB) dengan jaringan 2-4.

Dua jaringan awal pasukan ASB yang dihasilkan oleh pemain tengah Charld Chong dan penyerang berbisa mereka Amdan Ajahari untuk meletakkan pasukan mereka mendahului 2-0.

Walaubagai­manapun, pemain Tuavon Oldstars, Joel Moduying berjaya merapatkan jurang gol hasil tendangan lencong yang cantik ke arah pintu gol lawan.

Kedudukan separuh masa pertama didahului oleh ASB dengan jaringan 2-1.

Percaturan separuh masa kedua yang dibuat oleh pengurus pasukan, Aaron Ligadu membuahkan hasil apabila berjaya menjaringk­an tiga gol.

Pemain gantian Tuavon Oldstars, Bradly berjaya mengikat kedudukan 2-2 apabila melepasi pertahanan lawan dengan larian solo yang cantik dari tengah padang.

Ketua pasukan Tuavon Oldstars, Fred Mondo yang bermain cemerlang membuat umpanan cantik kepada Aloysius Chee dan berjaya menghasilk­an gol ketiga Oldstars.

Pasukan ASB juga mencipta banyak peluang namun ketangkasa­n penjaga gol pasukan pelawat Edwin Ligadu dan turut dibantu oleh pertahanan yang mantap oleh Joechamp dan Joel berjaya menyelamat­kan dan mematahkan beberapa percubaan bahaya pasukan tuan rumah.

Hasil kelapaan pertahanan ASB sekali lagi Bradly berjaya menjaringk­an gol kedua peribadi beliau hasil lorongan bola oleh Aloysius.

Ini merupakan siri persahabat­an bolasepak kedua pasukan Tuavon Oldstars Soccer Club selepas siri pertama dibuat tahun lalu menentang KDCA Labuan.

Pasukan Tuavon Oldstars mengucapka­n ribuan terima kasih kepada pasukan ASB kerana sudi menerima kunjungan dan persahabat­an ini.

Aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat sukan dan persahabat­an dikalangan pemain kedua dua pasukan.

Dijangkan tahun depan pasukan Tuavon Oldstars membuat kunjugan lagi ke Labuan untuk mengadakan siri persahabat­an ketiga.

 ??  ?? PASUKAN Tuavon Oldstars dan pasukan ASB bergambar sebelum sepak mula.
PASUKAN Tuavon Oldstars dan pasukan ASB bergambar sebelum sepak mula.
 ??  ?? AARON
AARON
 ??  ?? FRED
FRED

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia