Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an bola sepak, sepak takraw bermula hari ini

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN Oleh VITALIS G BINGKASAN

LAHAD DATU: Pasukan Pencak Silat Sukan Sabah VIII (SAGA) daerah Lahad Datu berazam merangkul lima pingat emas pada sukan dwitahunan yang diadakan di Sandakan berkenaan.

Setiausaha Kontinjen Daerah, Irwan Iskandar berkata kesemua 26 atlet acara itu telah menjalani persiapan rapi untuk mencapai sasaran itu di bawah kejurulati­han profesiona­l di Lahad Datu.

“Cabaran Saga VII di Tawau lalu acara pencak silat menyumbang­kan tiga emas dan saingan kali ini ianya dipertingk­atkan berdasarka­n pencapaian atlet-atlet acara itu di peringkat negeri dan kebangsaan.

“Saya yakin kontijen Lahad Datu bakal mencipta penca- paian yang lebih baik hasil komitmen dan kerjasama atlet, persatuan sukan dan masyarakat di daerah ini,” katanya.

Irwan yang juga Pegawai Belia dan Sukan Negeri Daerah Lahad Datu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelepasan Pasukan SAGA VIII Acara Pencak Silat ke Sandakan di perkaranga­n Pejabat Daerah Lahad Datu, dekat sini, Khamis.

Kontinjen daerah diwakili 249 atlet, jurulatih dan pegawai akan menyertai 16 acara sukan yang dipertandi­ngkan di beberapa lokasi terpilih di Sandakan.

Pencapaian kontinjen dalam temasya sukan ini sebelumnya telah merangkul lapan emas enam perak dan 12 gangsa.

Kali ini sasaran emas kontinjen ialah sebanyak 10 emas, lapan perak dan 14 gangsa.

Pada majlis itu, acara pelepasan pasukan pencak siat disempurna­kan Penasihat Kontinjen SAGA VIII Daerah Lahad Datu, Momen Angchai disaksikan Naib Ketua Kontinjen I Juraimin Jadil. SANDAKAN: Bola sepak dan sepak takraw menyertai hoki memasuki arena pertanding­an Sukan Sabah (SaAGA) VIII 2017 Sandakan hari ini.

Acara bola sepak mempertand­ingkan kategori lelaki dan wanita yang masingmasi­ng melibatkan lapan pasukan yang dibahagika­n kepada dua kumpulan.

Juara bertahan kategori lelaki, Lahad Datu diletakkan dalam kumpulan A bersama Kota Kinabalu, Nabawan dan Sipitang manakala Kumpulan B dianggotai­Pitas,Kinabatang­an, Sandakan dan Tuaran.

Kumpulan A wanita pula terdiri daripada pasukan Tenom, Tawau, Tuaran dan Kota Marudu manakala Kumpulan B dianggotai Tongod, Sandakan, Sipitang dan Penampang.

Empat perlawanan pagi ini melibatkan kategori wanita iaitu Tenom menentang Tawau, Tuaran menentang Kota Marudu, Tongod menentang Sandakan dan Sipitang menentang Penampang.

Sepak mula semua perlawanan adalah pada jam 8.00 pagi.

Saingan diteruskan kategori lelaki dengan empat perlawanan pada sebelah petang di mana juara bertahan Lahad Datu akan menentang Kota Kinabalu, Nabawan menentang Sipitang, Pitas menentang Kinabatang­an dan Sandakan menentang Tuaran.

Sepak mula semua perlawanan serentak pada jam 3.30 petang.

Kesemua perlawanan berlangsun­g di padang bola sepak Kompleks Sukan Sandakan.

Sangan peringkat kumpulan itu dijalankan secara liga satu pusingan bagi menentukan dua pasukan teratas dari setiap kumpulan mara ke pusingan separuh akhir.

Acara bola sepak dijadualka­n berlangsun­g sehingg 15 Disember.

Acara sepak takraw yang akan berlangsun­g di Dewan Kompleks Komuniti Libaran pula akan dimulai dengan pertanding­an antara redu berdua lelaki dan wanita.

Pertanding­an dijadualka­n bermula jam 8.00 pagi.

Sambil itu, pertanding­an hoki yang telah bermula pada Khamis akan diteruskan di Stadium Hoki Kompleks Sukan Sandakan bermula jam 6.00 pagi ini.

Hoki, bola sepak dan sepak takraw adalah antara 20 jenis sukan yang dipertandi­ngkan pada sukan dwi tahun terbesar Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia