Utusan Borneo (Sabah)

Keningau bermula di landasan baik pertahan gelaran juara hoki

-

SANDAKAN: Keningau bermula di landasan baik mempertaha­nkan gelaran juara lelaki dan wanita sukan hoki Sukan Sabah (SAGA) VIII 2017 Sandakan apabila mencatat kemenangan perlawanan sulung masingmasi­ng pada Khamis.

Hoki yang menyingkap tirai pertanding­an SAGA di Stadium Hoki Kompleks Sukan Sandakan menyaksika­n pasukan lelaki Keningau menang 4-2 ke atas Kota Kinabalu manakala wanitanya menang 3-0 ke atas Telupid.

Ketua pasukan, Haikal Ahmad Syam muncul wira pasukan lelaki Keningau dengan sumbangan dua gol yang dihasilkan pada minit ke-42 dan 44.

Dua lagi gol Keningau dijaringka­n Christophe­r Sikta Stephen (m8) dan Hazlan Marcus (m24) manakala gol Kota Kinabalu dijaringka­n Morris Ramilan (m9) dan Adam Iskandar Azhari (m48).

Dua lagi pelawanan lelaki menyaksika­n Papar menang 4-0 ke atas Beaufort manakala Lahad Datu terikat dengan keputusan seri 2-2 dengan Kota Belud.

Gol pasukan wanita Keningau pula dijaringka­n Christine Olivia Goden (m2), Aina Ruzana Mohd Azlan (m33) dan ketua pasukan, Inka Shafika Juani (m44).

Tiga lagi perlawanan wanita menyaksika­n Tawau menang 3-1 ke atas Sandakan, Kota Kinabalu seri 2-2 dengan Kota Belud dan Tuaran menang 2-0 ke atas Beaufort.

Persaingan diteruskan dengan empat perlawanan wanita pagi ini dan tiga perlawanan lelaki pada sebelah petang.

Perlawanan­kategoriwa­nita bermula jam 6.00 pagi di mana Kota Belud akan berhadapan dengan Tawau dan diikuti Beaufort menentang Kota Kinabalu (7.15 pagi), Tuaran menentang Keningau (8.30 pagi) dan Sandakan menentang Telupid (9.45 pagi).

Persaingan lelaki dimulai pertemuan antara Kota Belud dan Keningau (2.00 petang) diikuti Beaufort menentang Lahad Datu (3.15 p;etang) dan Papar menentang Sandakan (4.30 petang).

Kategori lelaki melibatkan tujuh pasukan manakala wanita lapan pasukan.

Pertanding­an hoki dijalankan secara liga satu pusingan bagi menentukan dua pasukan teratas ke perlawanan akhir manakala pasukan di tangga ketiga dan keempat akan salang bertarung untuk pingat gangsa.

ANTARA pegawai-pegawai teknikal dan pertanding­an serta urusetia dengan peranan tersendiri memastikan perlaksana­an SAGA VIII 2017 Sandakan berjalan lancar.

mencemaska­n di gawang Kota Kinabalu yang diasak Keningau (jersi kuning) pada perlawanan hoki lelaki di Stadium Hoki Sandakan. Keningau menang perlawanan itu 4-2.

-Oleh VITALIS G BINGKASAN

 ??  ?? KEADAAN
KEADAAN
 ??  ??
 ??  ?? MOMEN (dua dari kanan) bersalaman dengan atlet.
MOMEN (dua dari kanan) bersalaman dengan atlet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia