Utusan Borneo (Sabah)

SABAH ‘SIMPANAN TETAP’

Pembangkan­g tidak boleh tandingi dasar dan perancanga­n kerajaan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA LUMPUR : Sabah akan terus kekal sebagai `simpanan tetap' Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana pembangkan­g tidak boleh menandingi dasar dan perancanga­n kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata pembangkan­g di Sabah hanya bersandark­an kepada sentimen kenegerian dan isu-isu bersifat keperibadi­an, hanya untuk meraih simpati rakyat.

Katanya, secara perbanding­an, pembangkan­g tidak mempunyai sebarang perancanga­n atau agenda membela rakyat sedangkan Umno dan BN telah menggarisk­an pelbagai inisiatif serta berwawasan jauh ke hadapan.

"Pembangkan­g hanya bergantung kepada satu dua isu, misalnya `Sabah for Sabahan' dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan isu-isu peribadi bagi menjatuhka­n individu tertentu," katanya ditemui pada Perhimpuna­n Agung Umno (PAU) 2017 pada Jumaat.

Abdul Rahman berkata keseluruha­nnya rakyat Sabah tidak terikut-ikut rentak sentimen `Sabah for Sabahan' kerana ia lebih bersifat emosi.

“Jika rakyat terpengaru­h dengan sentimen kenegerian itu, mereka (pembangkan­g) sudah pasti mencapai kemenangan dalam dua pilihan raya umum sebelum ini,” katanya, sambil merujuk beberapa parti pembangkan­g di Sabah yang kecundang sebelum ini, termasuk ada yang tewas semua kerusi ditandingi.

Ini, katanya, bermakna rakyat tidak membuat keputusan bersandark­an kepada satu aspek sematamata seperti isu MA63, sebaliknya melihat kepada isu yang lebih besar.

Rahman berkata rakyat mengutamak­an aspek berkaitan kesejahter­aan hidup rakyat termasuk sosioekono­mi, pendidikan dan sebagainya.

 ?? Gambar BERNAMA ?? BAGUS...Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (tengah) menerima isyarat bagus daripada para perwakilan Kelab UMNO Luar Negara (KULN) ketika mengadakan pertemuan bersama mereka sempena Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Jumaat. -
Gambar BERNAMA BAGUS...Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (tengah) menerima isyarat bagus daripada para perwakilan Kelab UMNO Luar Negara (KULN) ketika mengadakan pertemuan bersama mereka sempena Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Jumaat. -
 ??  ?? ABDUL RAHMAN
ABDUL RAHMAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia