Utusan Borneo (Sabah)

Rasuah: Dua anggota polis direman bantu siasatan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Dua anggota polis ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang suapan membabitka­n wang berjumlah RM1, 000, di Mahkamah Majistrert, di sini pada Jumaat.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengeluark­an perintah reman berkenaan terhadap seorang Koperal dan Lans. Koperal masingmasi­ng berumur 39 tahun selepas Pegawai Penyiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Faliq Basiruddin membuat permohonan reman berkenaan.

Permohonan reman itu dilakukan di kamar hakim Mahkamah Majistert.

Mohd Faliq memberitah­u beliau memohon reman selama tujuh hari namun Majistret hanya membenarka­n reman selama enam hari. Tempoh reman itu bermula kelmarin dan akan berakhir pada 13 Disember.

Kedua-dua tahanan itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Mohd Faliq memaklumka­n tangkapan terhadap anggota polisyangb­ertugasdiL­apangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) itu dilakukan oleh pegawai SPRM di Ibu Pejabat Polis Karamunsin­g pada 3.25 petang pada Khamis (7 Disember).

Kedua-dua anggota polis itu didakwa meminta wang suapan berjumlah RM 5,000 namun pengadu hanya menyerahka­n RM 1, 000.

Difahamkan wang suapan itu diminta bagi membebaska­n keluarga pengadu daripada tuduhan terlibat dengan kes khalwat pada 3 Disember lalu di tempat letak kereta KKIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia