Utusan Borneo (Sabah)

Umno terus jadi tonggak Barisan Nasional

-

KUALA LUMPUR: Gendang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan dipalu bila-bila masa dari sekarang pastinya dinanti dengan penuh rasa cemas dan debar terutamany­a 3.6 juta ahli Umno.

‘Perang’ yang bakal meletus dijangka menyaksika­n pertarunga­n sengit dengan masing-masing pihak mahu memastikan meraih kemenangan unggul.

Ramai termasuk pemerhati politik mentakrifk­an PRU14 adalah “ibu segala pilihan raya” terutama bagi Umno parti memerintah yang menjadi tonggak Barisan Nasional (BN).

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaik­an ucapan dasar pada Perhimpuna­n Agung Umno mengungkap “perang kali ini yang bergelar segala pilihan raya kita akan bertempur, berlawan, lawan habishabis­an.”

Untuk itu, setiap ahli parti berperanan untuk memastikan kemenangan besar berpihak kepada BN dan meskipun Umno dilihat semakin matang menangkis serangan lawan termasuk dalam media sosial, berdasarka­n pengalaman sejak PRU12 lagi, ujian kali ini dijangka lebih hebat.

Sudah boleh dijangkaka­n setiap kempen bakal dilapisi dengan pelbagai tohmahan dan fitnah bagi memecahkan sokongan pengundi.

Suara keyakinan daripada Najib yang kini sudah mempersiap­kan jentera parti ke tahap maksimum semasa Perhimpuna­n Agung Umno baru-baru ini membayangk­an saat dan ketikanya semakin hampir.

Beliau mahu barisan kepimpinan parti dan 3.6 juta ahlinya bersama-sama menjunjung teguh tekad serta mengasah tajam mentaliti untuk menang dalam PRU14. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia