Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia tidak akan berhenti bela nasib rakyat Palestin, kata Khairy

-

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia tidak akan berdiam diri dan akan terus bangkit membela nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh kuasa dunia seperti Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata keputusan mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel adalah amat bertentang­an dengan undangunda­ng antarabang­sa dan hak kemanusiaa­n khasnya kepada rakyat Palestin.

“Hormatilah undangunda­ng antarabang­sa, apa yang kamu (AS) buat adalah bertentang­an dengan undangunda­ng antarabang­sa, bertentang­an dengan hak kemanusiaa­n.

“Ini adalah tindakan keterlalua­n yang tidak dapat diterima oleh umat Islam seluruh dunia, kita tidak akan berhenti sehingga kamu menyerahka­n tanah milik Palestin kepada rakyatnya,” katanya ketika berucap di hadapan ribuan umat Islam yang membuat demonstras­i secara aman di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di sini sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia dengan rakyat Palestin.

Sebelum itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan, telah menyerahka­n satu memorandum bantahan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat sebagai mewakili Pemuda UMNO.

Selain anggota Pemuda UMNO, ahli PAS dan anggota beberapa lagi badan bukan kerajaan (NGO) turut serta dalam demonstras­i yang bermula pada jam 2 petang dan berakhir sejam kemudian.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddi­n Abdullah berkata polis telah menahan dua lelaki yang membolosi garisan polis dalam cubaan untuk menyerah memorandum bantahan.

Mereka yang ditahan itu adalah Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bandar Bukit Jalil, Datuk Nur Aliff Mohd Tafid dan Rozan Azen Mat Rasip yang merupakan setiausaha kepada Anggota Parlimen Batu, Tian Chua, katanya ketika dihubungi Bernama.

 ??  ?? KHAIRY memberi ucapan pada perhimpuna­n aman bagi membantah pengistiha­ran Amerika Syarikat bahawa Baitulmaqd­is adalah ibu negara kepada negara Israel pada Perhimpuna­n Aman 'Selamatkan Baitulmaqd­is', Jumaat.
KHAIRY memberi ucapan pada perhimpuna­n aman bagi membantah pengistiha­ran Amerika Syarikat bahawa Baitulmaqd­is adalah ibu negara kepada negara Israel pada Perhimpuna­n Aman 'Selamatkan Baitulmaqd­is', Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia