Utusan Borneo (Sabah)

Lapan warga Filipina, Thailand ditahan

Jalankan kegiatan pelacuran, bekerja tanpa permit sah

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis menahan lapan wanita warga Filipinada­nThailands­elepas dipercayai menjalanka­n kegiatan pelacuran dan bekerja tanpa permit sah di Penampang dan Labuan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata kesemua suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan bermula Rabu.

“Serbuan pertama berjaya menahan enam wanita warga Filipina di sebuah pusat hiburan berlesen di Labuan.

“Hasil siasatan mendapati kesemua suspek berumur 28 hingga 35 tahun bekerja sebagai pelayan (GRO) tanpa memiliki permit pekerjaan yang sah,” katanya di sini pada Khamis.

Sementara itu dalam perkembang­an berasingan dua wanita warga Thailand ditahan selepas terbabit dalam aktiviti pelacuran di Penampang pada Rabu.

Salehhudin berkata keduadua suspek berumur 29 dan 32 tahun ditahan dalam serbuan pada jam 12.30 pagi di sebuah hotel di Jalan Penampang.

“Semasa serbuan dijalankan kita turut menahan seorang pelanggan lelaki berumur 34 tahun bagi membantu siasatan.

“Dua unit telefon bimbit, 68 keping kondom serta wang tunai sebanyak RM3,882 turut dirampas untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Menurutnya kedua-dua suspek yang mempunyai pasport sah dipercayai menggunaka­naplikasiW­echat untuk mencari pelanggan selain menggunaka­n laman web sebagai medium untuk menawarkan pakej tertentu.

Tambahnya suspek juga akan mengenakan bayaran bermula RM220 sehingga RM2,500 bagi setiap aktiviti pelacuran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen372­KanunKesek­saan kerana mencari langganan untuktujua­npersundal­anyang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda atau keduaduany­a sekali.

“Enam suspek yang ditahan di Labuan akan disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan majikan akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 kerana menggaji individu tidak memiliki pas yang sah,” katanya.

“Semasa serbuan dijalankan kita turut menahan seorang pelanggan lelaki berumur 34 tahun bagi membantu siasatan. Dua unit telefon bimbit, 68 keping kondom serta wang tunai sebanyak RM3,882 turut dirampas untuk tindakan selanjutny­a. DATUK SALEHHUDIN ABD RAHMAN Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia