Utusan Borneo (Sabah)

Enam keluarga hilang tempat tinggal

- -Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PAPAR: Enam keluarga hilang tempat tinggal selepas enam rumah musnah terbakar di Skim Penampatan Kinarut, di sini petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman berkata kejadian 6.40 petang membabitka­n 43 mangsa keseluruha­n daripada enam keluarga.

“Operasi pemadaman yang dilakukan oleh sepasukan bomba berakhir jam 7.50 malam dan kejadian tidak membabitka­n kemalangan jiwa dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Buat masa ini mangsa ditempatka­n di Dewan Serbaguna Taman Pantai Lok Kawi Kinarut di sini dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah terlibat dalam kes ini,” katanya.

Sementara itu Pegawai Bomba Kanan I Aloysius Stephen Amit berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.39 petang.

Katanya seramai 27 anggota keseluruha­n daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar termasuk anggota bantuan dari BBP Penampang dan Kota Kinabalu digegaskan ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba dari BBP Papar terpaksa mengambil masa kira-kira 18 minit ke lokasi kejadian berikutan jarak lokasi dari balai sejauh 19 kilometer.

“Operasipem­adamansege­ra dijalankan menggunaka­n sumber air dari jentera bomba dan kebakaran dapat dikawal beberapa minit kemudian,” katanya.

Beliau berkata operasi ditamatkan­jam9.21malamdan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini.

Katanya punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

 ??  ?? API marak memusnahka­n enam rumah di Skim Penempatan Kinarut petang Khamis.
API marak memusnahka­n enam rumah di Skim Penempatan Kinarut petang Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia