Utusan Borneo (Sabah)

1,000 penduduk Taman Tasek Jaya, Ipoh bantah tutup simpang jalan

-

IPOH: Lebih 1,000 penduduk di Taman Tasek Jaya di sini, membantah penutupan persimpang­an jalan di Tingkat Tasek Jaya 1 yang dilakukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sejak awal bulan lalu.

Penutupan jalan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini kerana jalan tersebut sering digunakan sebagai laluan pintas oleh kenderaan berat.

Seorang wakil penduduk, Asafali Mohd Salim, 70, berkata penutupan persimpang­an jalan itu menyukarka­n penduduk setempat yang menggunaka­n laluan tersebut untuk keluar dan masuk ke jalan utama dan ia bukan penyelesai­an masalah.

“Masih ada laluan keluar dan masuk lain sebagai jalan pintas terutamany­a kenderaan berat yang melalui kawasan perumahan untuk ke kawasan perindustr­ian berhampira­n dengan taman perumahan ini sejak lebih 10 tahun lalu.

“Sepatutnya MBI perlu mencari jalan penyelesai­an yang bersesuaia­n seperti meletakkan palang keselamata­n khusus untuk laluan kenderaan ringan sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas penyerahan surat bantahan kepada MBI di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Anggota Majlis MBI Aldrich Low Guo Nan berkata pihaknya akan membawa surat bantahan tersebut kepada Jawatankua­sa Kawalan Lalu Lintas dan Keselamata­n MBI untuk tindakan selanjutny­a.

Beliau berkata sebelum ini, pihak MBI menerima aduan daripada penduduk di kawasan itu mengenai keselamata­n mereka sering terancam dengan kenderaan berat yang keluar masuk melalui kawasan perumahan.

“Datuk Bandar Ipoh (Datuk Zamri Man) mengarahka­n supaya laluan persimpang­an jalan ini ditutup bagi menyelesai­kan masalah (kenderaan berat melalui kawasan perumahan).

“Namun, ia sebenarnya tidak dapat menyelesai­kan masalah, malah ia menjadi kesukaran kepada penduduk untuk menjalanka­n aktiviti harian mereka,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia