Utusan Borneo (Sabah)

BN Batu Sapi tidak gentar

Berdepan parti produk tempatan

-

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Batu Sapi tidak tergugat meskipun berdepan dengan parti pembangkan­g ‘produk tempatan’, khususnya Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Batu Sapi Khairul Firdaus Akbar Khan berkata kewujudan parti yang terhasil daripada perasaan kecewa ketika berada dalam Umno bukanlah suatu ancaman kepada penyokong BN di kawasan itu.

“Walaupun kehadiran parti baharu itu adalah ‘parti tempatan untuk tempatan’ yang menganggap mudah menjual ‘produk’ mereka namun saya yakin rakyat Sabah amat bijak untuk menilai kewujudan parti itu,” katanya kepada Bernama pada Perhimpuna­n Agung Umno 2017, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini pada Jumaat.

Exco Pemuda Umno itu juga menyelar tindakan parti berkenaan yang sengaja meniupkan sentimen ‘Sabah for Sabahan’ dan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semata-mata untuk meraih sokongan demi kepentinga­n parti itu sendiri.

Namun, beliau yakin rakyat Sabah khususnya di Batu Sapi sentiasa berdiri teguh memberikan sokongan padu kepada BN tanpa berbelah bahagi.

Pencapaian terbaik yang ditunjukka­n BN sepanjang menerajui Sabah membuktika­n Umno tidak hanya sekadar bercakap sahaja, katanya.

Khairul Firdaus berkata Pemuda Umno akan terus mendekati rakyat supaya mereka sedar pencapaian cemerlang sepanjang BN diberi mandat rakyat Sabah, memberi manfaat kepada masyarakat keseluruha­nnya.

“Apa yang penting kami akan terus berusaha menjalanka­n tanggungja­wab dan amanah seperti yang presiden mahukan daripada semua sayap Umno ,” katanya.

Pada pilihan raya yang lepas, Calon BN Tsen Thau Lin menang di Parlimen Batu Sapi dengan majoriti 3,798 undi.-Bernama

“Walaupun kehadiran parti baharu itu adalah ‘parti tempatan untuk tempatan’ yang menganggap mudah menjual ‘produk’ mereka namun saya yakin rakyat Sabah amat bijak untuk ” menilai kewujudan parti itu KHAIRUL FIRDAUS AKBAR KHAN Ketua Pergerakan Pemuda Umno Batu Sapi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia