Utusan Borneo (Sabah)

Perwakilan Umno mengalir air mata sentuh isu Palestin, Baitulmuqa­ddis

-

PERWAKILAN Kelab Umno Luar Negara tidak dapat menahan air matanya apabila menyentuh isu Palestin dan Baitulmuqa­ddis ketika membahaska­n usul ucapan dasar presiden Umno pada Perhimpuna­n Agung Umno pada Jumaat.

Wakil Kelab Umno London Ahmad Syazwan Shah Shah Headan sebelum mengakhiri ucapannya mengutuk sekerasker­asnya dan mengkritik tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel dan menafikan hak rakyat serta negara Palestin.

“Kami pelajar-pelajar luar negara hadapi polisi-polisi di luar negara. Kami rasai Brexit, ada juga lalui Arab Spring…dan kami kini (tibatiba sebak) mengutuk sekerasker­asnya tindakan Amerika Syarikat yang memindah (ibu negara) ke Jerusalem (Baitulmuqa­ddis) sebagai ibu kota Israel.

“Inilah yang kita tidak persetujui, inilah yang akan membuat provokasi, inilah yang membuat dunia tidak aman,” katanya dalam nada tersedu-sedu.

Ungkapan Ahmad Syazwan Shah turut diiringi laungan Allahuakba­r oleh para perwakilan Umno di Dewan Merdeka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno ketika menyampaik­an ucapan dasar semasa merasmikan Perhimpuna­n Agung Umno 2017 semalam berkata Malaysia menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila.

Ahmad Syazwan Shah turut menyeru pemimpinpe­mimpin veteran Umno yang dianggap sebagai ‘ibu dan ayah’ agar mengekalka­n ukhwah serta tidak berpecah belah demi kestabilan parti dan negara.-Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia