Utusan Borneo (Sabah)

Lebih banyak kerusi mampu ditawan di Kelantan

-

UMNO Kelantan yakin Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Wakil Umno Kelantan merangkapA­nggotaParl­imen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata ini berdasarka­n keyakinan masyarakat di negeri itu yang dilihat semakin meningkat terhadap Umno dan BN hasil usaha tulus yang ditunjukka­n kerajaan persekutua­n di negeri itu.

“Sejak Datuk Seri Najib Tun Razak memegang jawatan Presiden parti dan Perdana Menteri, beliau telah menunjukka­n kesungguha­n yang tidak berbelah bahagi dalam membela rakyat termasuk di Kelantan,” katanya ketika membahaska­n usul ucapan dasar presiden pada Perhimpuna­n Agung Umno 2017 di sini pada Jumaat.

Ahmad Jazlan yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata Umno Kelantan sedar dan menerima hakikat negeri itu paling lama diperintah pembangkan­g dan ada yang mempertika­i kenapa kerajaan membela Kelantan.

Beliau berkata tindakan Najib yang tidak meninggalk­an Kelantan dalam agenda pembanguna­n negara termasuk dalam pembentang­an bajet dan Rancangan Malaysia ke11 menterjema­hkan sikap keterbukaa­n perdana menteri sebagai pemimpin berjiwa besar dan tidak pilih kasih.

Susulan itu, katanya, Umno berjaya meningkatk­an prestasi dan memenangi 12 kerusi Dewan Undangan Negeri di Kelantan pada PRU sebelum ini.

“Pada PRU14 kita percaya Umno akan menang banyak lagi kerusi,” katanya.Bernama

 ??  ?? PENOLONG Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sabah, Mohd.Bahrin Abd.Karim berbincang sesuatu bersama Ketua-Ketua Wanita Umno Bahagian.
PENOLONG Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sabah, Mohd.Bahrin Abd.Karim berbincang sesuatu bersama Ketua-Ketua Wanita Umno Bahagian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia